Tuesday, December 28, 2010

Tiga tahap hati

Bismillahirrahmanirrahim...


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Bukankah sesungguhnya terdapat dalam jasad seketul daging, jika baik maka baiklah seluruh jasad, jika rosak maka rosaklah seluruh jasad, ketahuilah ia adalah HATI."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


SOAL HATI......Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:
1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.
Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.
Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.
Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail yang bermaksud;

“Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa."


"Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik."


"Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).”

(Surah al-Lail,92:5-7)
Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari ‘misykat rububiyah’ sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.
Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.
Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud; 

“Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah ar-Ra’d,13:28)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.
Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.
Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.
Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.
Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.
Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.
Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.
Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.
Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firmanNya yang bermaksud;

“Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?"

"Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.”
(Surah al-Furqaan,25:43-44)
3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.
Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.
Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.
Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.
Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.
Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu’iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.
Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan di bawah naungan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.

Thursday, December 2, 2010

Kenali jari kita

SURE , SEMUA AKAN TELITI TENGOK JARI JEMARI LEPAS NI ……………. 




PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA;
Asas 5 jari :


- Jari telunjuk   : usus

- Jari tengah   : Jantung

- Jari Manis      : Immuniti

- Jari kelingking    : Rahim/Tulang Belakang 



cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik…perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. 


Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita…kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. 


Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin…cube cek tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak, sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin je. 


Selain itu, pernak tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke??? 



Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. 
 
jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
 
 
selain itu, urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu menghidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
 
 

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. Cuba sahabat2 tengok
pada kuku setiap jari anda...jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
 
 
Tapi berlainan pula sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..in sya allah...
 
 

ITULAH SAHAJA YANG SAYA INGIN KONGSIKAN MENGENAI RAHSIA PENYAKIT DI SEBALIK TAPAK TANGAN....wallahu`alam....
(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)
~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA....:-)

Tuesday, September 7, 2010

Doalah kepada orang tua kita...

Bismillahirrahmanirrahim...


Rasulullah SAW pernah bersabda :-

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :-


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.."

Huraian hadith :-

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT.


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT. 



- rezeki itu bukan pada sijil SPM,
STPM, IJAZAH, Matrikulasi/Tamhidi dan sebagainya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita...

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, di mana2 saja, (tidak termasuk waktu solat) 


Kesimpulannya: 
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (eg.. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu etc)






"YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua-dua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn ya rabal'alamin...." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / ibuku / ibu bapaku di tempat orang2 yang beriman."

I love my parents so much!!!!thank you very much ibu and ayah...^_^

Kenapa Tak Rogol Saya?

Bismillahirrahmanirrahim....




Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi
dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita
ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that
I'm alone?"
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my victim."
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL OF THE STORY???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandanganku...
semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA....

semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang direjam.......

Anda yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...


(ayat kursi sepatutnya diamalkan oleh semua orang,bukan perempuan shj)