Friday, May 17, 2013

~SELAMAT HARI GURU~

Bismillahirrahmanirrahim....

~Selamat Hari Guru~
 "Kalau tidak kerana GURU yang mengajarku, nescaya tidak aku kenali siapa Tuhanku."

Khamis, 16 Mei 2013, Muar, Johor - Semalam, aku telah pergi ke sekolahku, SMKA Maahad Muar, Johor untuk menghadiri satu majlis yang agak besar, majlis yang disambut untuk mengenang jasa guru iaitu majlis sambutan HARI GURU 2013 peringkat sekolah. Telah lebih kurang setahun lebih aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah sejak selepas mengambil keputusan SPM pada 22 Mac 2012, Khamis, tahun lepas. Sememangnya susah untuk digambarkan betapa rindunya aku pada guru-guru yang telah mengajar dan mendidik aku dahulu, betapa rindunya aku pada sahabat-sahabat seumur denganku yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis Hari Guru itu, betapa rindunya aku pada adik-adik junior di sana terutamanya yang rapat denganku. Begitu nostalgik sekali. 'Reunion' bersama sahabat seperjuanganku di sekolah, keluar makan bersama2, beramai2, masuk ke dalam dewan besar SMKA Maahad Muar sebagai tetamu dan pelengkap majlis (since kami terlibat dengan salah satu part event, penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada pihak sekolah sempena Hari Guru 2013 daripada kami, SPM Batch 2011, hadiah berupa sebilah pedang dan juga kek). Tetapi aku berasa cukup sedih juga kerana tidak sempat berjumpa dengan semua guru, adik2 junior, dan sahabat2 aku sendiri, tak dapat berbual dengan lebih lama untuk melepaskan kerinduan disebabkan kekangan masa yang kuhadapi. Tapi tidak mengapa, sudah terlepas sedikit kerinduanku, sekurang-kurangnya dapatlah aku menjejakkan kaki dan berjumpa dengan sahabat2 lama dan juga guru2, tapi sedih tetap sedih, rindu tetap rindu :'( . Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kami peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke sekolah dan bersama2 meraikan majlis. Turut berterima kasih kepada sahabat2 yang bertungkus-lumus untuk mengumpulkan semula rakan2 yang telah terpisah dan bekerjasama menjayakan majlis di sekolah. Aku berasa sangat gembira bertemu kalian semua. Tetapi tidak semua yang ada, menghadapi peperiksaan di kampus masing2 dan belajar jauh2 seperti di Mesir barangkali.

Tapi, tujuan aku menaip post ini lebih kepada penghargaan kepada guru2 yang telah berhempas-pulas mengajar anak didiknya dengan ilmu2 yang bermanfaat, tidak kira samada ilmu duniawi mahupun ilmu ukhrawi, sehingga kami berjaya ke menara gading. Di kesempatan ini, aku teringin sekali mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di semua sekolah yang ada di seluruh Malaysia ini. Dan dedikasi ini juga sangat2 kutujukan kepada semua guru yang pernah mengajarku di semua tempat kubelajar :-

1- Tadika Al-Wahidah, Ipoh, Perak. (1999)
2- Tadika dan Taska Al-Huda, Ipoh, Perak. (2000)
3- Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) Ipoh, Perak. (2001)
4- SRK Pengkalan, Lahat, Perak. (2002)
5- Sekolah agama di Taman Pinji Mewah (tmpt tinggal lama), Lahat, Perak. (2002)
6- SRK Limpoon (1), Jalan Lim Yew Leong, Batu Pahat, Johor. (2002 - 2006)
7- Sekolah Agama Kenangan Dato' Onn, Batu Pahat, Johor. (2002 - 2006)
8- SMKA Maahad Muar, Muar, Johor. (2007 - 2011)
9- Kem PLKN Desaru Gerakhas, Kota Tinggi, Johor. (3/1/2012 - 17/3/2012)
10- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. (2012 - sekarang)

~Happy Teachers' Day~

~"Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua guru yang pernah mengajar saya tidak kira samada sedikit ataupun banyak. Jasamu akan sentiasa dikenang dan tersemat dalam hati dan jiwa di dalam insan yang bergelar pelajar ini. Seseorang itu bergelar guru walaupun dia mengajar orang hanya satu huruf. Oleh yang demikian senantiasalah hormat semua orang kerana kadang kala orang yang di sekelilingi kita akan mengajar kita secara tidak langsung dan kita juga diajar dan terpelajar secara tidak langsung. Perumpamaan seorang guru itu bagaikan sebatang lilin yang menerangi keadaan yang gelap gelita. Ilmu yang dicurahkan ibarat cahaya yang menerangi kegelapan jahil dalam diri seseorang. Maka, beruntunglah kamu wahai insan yang bergelar guru. Selagi mana ilmu yang dicurahkan itu diamalkan dan disebar-sebarkan, selagi itulah pahalanya akan berterusan walaupun setelah mengalami kematian, In sya Allah..


Saya ingin juga mengucapkan TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI GURU kepada kedua-dua ibu ayah saya yang sememangnya juga seorang guru, malah guru yang pertama untuk saya sejak saya dilahirkan di dunia ini. Ibu bapalah yang telah banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar, mengajar kita untuk bercakap, mengajar kita untuk bertatih, mengajar kita untuk membaca dan sebagainya sehinggalah umur kita mencecah tahap kelayakan ke alam pembelajaran di luar rumah seperti tadika, sekolah, universiti dan lain-lain. Ibu bapa ialah guru yang pertama manakala guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa yang kedua. Belajarlah daripada mereka yang telah berpengalaman dan alamilah sendiri pengalaman-pengalaman yang bakal mendatang kerana pengalamanlah yang mematangkan hidup kita. Jadilah insan yang berguna seperti seorang guru yang telah berjasa kepada masyarakat dengan mengajar, menyebar, dan berkongsikan segala ilmu yang ada. Sesungguhnya 'Ilmu itu Pelita Hidup'."~

Setakat itu sahaja daripada diriku yang daif, lagi banyak kelemahan diri. Terima kasih dan minta maaf kepada semua guru yang telah mengajar diri ini, yang telah banyak melakukan kesilapan, dan semoga kesilapan-kesilapan yang lalu dapat membetulkan diri dan dapat memperbaiki diri yang tak seberapa ini. Semoga kita semua sentiasa mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. dan sentiasa berada di bawah limpah rahmat, berkat dan redhaNya, terutamanya insan yang bergelar guru, In sya Allah.. Wallahu'alam. Dengan kerendahan diri, inginku mengundur diri dengan ucapan, Assalamualaikum... :)

Monday, May 13, 2013

...:::Abu Yazid Al-Bustami:::...

Bismillahirrahmanirrahim...


~Doa bulan Rejab~


Salam Rejab 1434 Hijriah kepada semua :) Semoga dalam bulan yang mulia ini kita dapat tingkatkan lagi amal ibadah kita dan perbanyakkan memohon keampunan daripada Allah s.w.t., In sya Allah. Bulan Ramadhan pun bakal menjelang tiba, rasa macam tak sabar pula ingin menunggu kehadirannya... hikhik..

In sya Allah sahabat2 sekalian, post kali ini saya teringin sangat untuk kongsikan kepada semua tentang kisah seorang ahli sufi yang bernama Abu Yazid Al-Bustami.. Enjoy the story~ ^_^, dan ambil ibrah daripada kisah ini,,, semoga bermanfaat~!

***********************
Abu Yazid Al-Bustami dilahirkan di Bustham, wilayah Parsi. Beliau merupakan seorang ahli sufi yang sangat taat pada ajaran Islam dan seorang yang sangat taat kepada ibu dan bapanya. Sejak dalam kandungan ibunya lagi, beliau sudah menunjukkan kelebihan yang luar biasa. Apabila ibunya termakan makanan yang diragui halalnya, anak dalam kandungannya akan memberontak sehingga makanan itu terkeluar semula. Oleh sebab itu, sejak dilahirkan, ayah dan ibunya memastikan setiap makanan yang disuapkan ke mulut Abu Yazid Al-Bustami dipastikan daripada punca yang halal. Telah menuntut ilmu sehingga gurunya berjumlah 113 orang, antaranya Imam Ahmad Hanbal.

Selepas berguru dengan Imam Hanbali, Abu Yazid Al-Bustami pulang ke Bustam. Pada suatu malam, dia bermimpi bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki ini menyuruhnya pergi ke gereja Sama'an. Pada mulanya dia menyangka mimpi itu hanya mainan tidur. Tetapi mimpi yang sama berulang sebanyak tiga kali. Maka dia mengambil keputusan untuk pergi ke gereja itu pada keesokan harinya.

Keesokan hari, Abu Yazid Al-Bustami menghadirkan diri ke gereja Sama'an. Kedatangannya tidak disedari oleh paderi-paderi yang berada di gereja itu kerana dia juga memakai pakaian yang sama seperti mereka. Semua paderi di gereja itu berkumpul untuk menyambut kedatangan paderi besar mereka. Ketika ketua paderi itu mahu berucap, tiba-tiba dia berasa terganggu dan tidak boleh untuk meneruskan ucapan. Lalu dia berkata,"Saya tahu dalam gereja ini ada seorang umat Muhammad turut hadir. Kehadirannya membuatkan saya tidak boleh berucap." Mendengar kata-kata itu, paderi-paderi yang lain naik berang lali terus mencari siapa yang dimaksudkan ketua paderi itu. Akhirnya Abu Yazid Al-Bustami bangun dari tempat duduknya. Paderi-paderi lain terus menangkapnya.

"Bunuh lelaki itu!" teriak seorang paderi yang sangat marah.

"Jangan dibunuh. Aku ingin bercakap dengannya," tegah ketua paderi.

Abu Yazid Al-Bustami dibawa untuk dipertemukan dengan ketua paderi itu.

"Kenapa kamu datang ke sini?" tanya ketua paderi.

"Malam tadi aku bermimpi bertemu seorang lelaki lalu aku disuruh datang ke sini," jawab Abu Yazid Al-Bustami dengan jujur.

"Aku boleh lepaskan kamu dengan selamat tetapi dengan satu syarat. Jawab pertanyaanku. Jika kamu tidak dapat menjawabnya nescaya kami akan membunuh kamu. Aku akan bertanya 50 soalan terus-menerus dan kamu mesti menjawabnya satu per satu dengan tepat. Jika kamu tidak dapat menjawabnya atau salah memberi jawapan, maka kamu akan dihukum bunuh," kata ketua paderi.

"Tanyalah apa-apa sahaja...." kata Abu Yazid Al-Bustami.

Berikut adalah 50 soalan daripada ketua paderi dan 50 jawapan daripada Abu-Yazid Al-Bustami :-

1- Yang satu tiada duanya?
= Allah s.w.t yang Maha Esa. Tiada tuhan selain Dia.

2- Yang dua tiada tiganya?
= Malam dan siang yang silih berganti.

3- Yang tiga tiada empatnya?
= Kursi Allah, Kalam Allah, dan 'Arash Allah.

4- Yang empat tiada limanya?
= Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5- Yang lima tiada enamnya?
= Sembahyang lima waktu yakni Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak.

6- Yang enam tiada tujuhnya?
= Hari Allah menciptakan langit dan bumi. Ini disebut dalam semua kitab suci.

7- Yang tujuh tiada lapannya?
= Tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi yang disebut dalam kitab suci.

8- Yang lapan tiada sembilannya?
= Lapan malaikat yang memikul 'Arash Allah seperti yang disebut dalam kitab suci.

9- Yang sembilan tiada sepuluhnya?
= Sembilan golongan manusia yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan kebaikan.

10- Sepuluh yang sempurna?
= Kewajipan berpuasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran,"Maka hendaklah mereka (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya." Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11- Yang sebelas?
= Adik-beradik Nabi Yusof.

12- Yang tetap dua belas dan tidak akan berubah?
= Bilangan bulan dalam setahun.

13- Yang tiga belas?
= Mimpi Nabi Yusof seperti yang tersebut dalam al-Quran,"Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari dan bualn." Jumlahnya tiga belas.

14- Orang yang berdusta, kemudian dapat masuk syurga?
= Adik-beradik Nabi Yusof memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob bahawa Nabi Yusof dimakan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15- Orang yang benar, tapi mereka dimasukkan ke dalam neraka?
= Mereka ialah kaum yahudi dan nasrani, sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran,"Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar, dan berkata pula kaum Nasrani bahawa kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar paada tuduhan mereka antara satu sama lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai agama sebenarnya. Lantaran itu, mereka masuk neraka."

16- Tempat roh dalam tubuh manusia?
= Hanya Allah yang mengetahui kerana itu urusanNya seperti firmanNya,"Katakanlah bahawa roh itu adalah urusan Tuhanku."

17- Apakah itu Al-Zariyati Zarwa?
= Nama empat jenis angin.

18- Al-Hamilati Wakra?
= Awan gemawan di dada langit.

19- Al-Jariyati Yusra?
= Perahu-perahu yang belayar di lautan.

20- Al-Mukassimati Amra?
= Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21- Yang empat belas?
= Tujuh petala langit dan tujuh lapisan bumi seperti firman Allah,"Maka Allah berfirman kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepadaKu secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi,"Kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat"."

22- Kubur yang berjalan dengan penghuninya?
= Ikan besar yang menelan Nabi Yunus. Ikan itu membawa Nabi Yunus sebelum dimuntahkan ke pantai dengan izin Allah.

23- Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh?
= Waktu subuh seperti firman Allah,"Demi subuh apabila ia bernafas."

24- Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi?
= Air yang dikirim oleh Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25- Empat yang bukan lahir daripada golongan manusia, haiwan, malaikat dan bukan daripada benih lelaki dan perempuan?
= Kibas yang dibawa malaikat Jibrail sebagai korban menggantikan Nabi Ismail. Unta Nabi Saleh yang disembelih kaumnya dan Nabi Adam dan Siti Hawa.

26- Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk?
= Suara keldai yang tidak sedap didengar seperti firman Allah,"Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai."

27- Darah yang mula-mula tumpah ke dunia?
= Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Qabil.

28- Suatu ciptaan Allah, lalu diangkat sebagai sesuatu yang berat?
= Fitnah kaum wanita, seperti firman Allah,"Sesungguhnya fitnah wanita adalah suatu fitnah yang besar dan berat."

29- Pada mulanya sebatang kayu, kemudian menjadi roh yang boleh bergerak?
= Tongkat Nabi Musa yang bertukar menjadi ular.

30- Wanita yang paling utama?
= Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khadijah dan Aisyah, Asiah (isteri firaun) dan Maryam binti Imran.

31- Gunung yang paling utama?
= Gunung Tursina.

32- Binatang yang paling utama?
= Kuda.

33- Bulan yang paling utama?
= Bulan Ramadhan.

34- Malam yang paling utama?
= Malam Lailatul Qadar.

35- Apakah dia Atta'mah?
= Hari Kiamat.

36- Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada 5 kuntum bunga, 2 bunga di matahari dan 3 bunga di tepi kegelapan?
= Pohon itu 'tahun' yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat. 2 bunga di matahari itu ialah solat Zohor dan Asar. 3 pada waktu gelap iaitu Maghrib, Isyak dan Subuh.

37- Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji?
= Bahtera Nabi Nuh.

38- Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu?
= Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39- Apakah itu nakir, fatil dan kitmir?
= Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40- Apakah itu Sabid dan Labad?
= Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41- Apakah itu Sam dan Ram?
= Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42- Apakah maksud apabila keldai berbunyi makwak?
= Tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata,"Allah melaknatnya."

43- Maksud anjing menyalak?
= Anjing menyalak bermaksud,"Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang Maha Berkuasa.

44- Maksud jeritan kuda?
= Kuda menjerit bermaksud,"Maha Suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berkuda menyerang musuh dengan penuh semangat."

45- Maksud jeritan unta?
= Jeritan unta bermaksud,"Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku."

46- Maksud nyanyian burung Bulbul?
= Nyanyian Bulbul bermaksud,"Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang."

47- Maksud bunyi katak?
= Bunyi katak bermaksud,"Maha suci tuhan yang disembah di mana-mana sahaja, ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya."

48- Maksud kata-kata burung Nakus?
= Kata-kata burung Nakus bermaksud,"Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit."

49- Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan kumpulan jin, manusia dan malaikat?
= Makhluk itu ialah lebah, seperti firman Allah,"Tuhan kamu telah mewahyukan kepada kamu."

50- Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam?
= Kedua-duanya berada dalam ilmu Allah s.w.t. yang amat sulit.

*****************************

"Wahai Abu Yazid, semua soalan aku tadi dapat kamu menjawabnya dengan tepat. Daripada manakah kamu mempelajari semua jawapan itu?" tanya ketua paderi kehairanan.

"Seorang lelaki tua yang muncul dalam mimpi aku yang mengajarkannya," jawab Abu Yazid Al-Bustami.

"Kamu boleh pergi dari sini dengan selamat," kata ketua paderi.

"Saya sudah dapat menjawab semua soalan yang tuan tanyakan. Ada lagi sebarang soalan?"

"Tidak ada lagi."

"Sekiranya begitu, giliran saya pula untuk bertanya. Cuma satu soalan sahaja."

"Silakan......."

"Beritahu saya, apakah kunci syurga dan kunci neraka?" tanya Abu Yazid Al-Bustami.

Ketua paderi terdiam. Paderi-paderi yang lain juga terdiam kerana tidak tahu jawapannya. "Lelaki umat Muhammad itu sudah menjawab 50 soalan tuan tetapi tuan tidak dapat menjawab hanya satu soalannya," kata salah seorang paderi.

"Bukan aku tidak mahu menjawabnya, tetapi aku takut kamu tidak bersetuju dengan jawapan aku," kata ketua paderi. "Tuan adalah ketua kami. Kami setuju apa-apa sahaja jawapan tuan."

"Bahawasanya, kunci syurga dan kunci neraka itu, tidak lain tidak bukan ialah ucapan, Lailahaillallah Muhammad Rasulullah...," jawab ketua paderi itu.

Lalu Abu Yazid Al-Bustami berkata,"Memang benar jawapannya itu."

"Sahabat-sahabat sekalian, percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan untuk menyampaikan perkara ini kepada semua, tetapi saya bimbang kamu tidak akan percaya akan aku lagi. Aku hanya menunggu masanya untukku beritahu," kata ketua paderi.

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" tanya seorang paderi.

"Daripada ketua sebelumku. Sebelum ketua itu mati, dia sudah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar," jelas ketua paderi.

~TAMAT~