Satu-satu hari masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4. Bahang peperiksaan akhir semester 2 semakin rasa. Masing2 semakin sibukkan diri nak catch up smula mana yg tak habis blajar, nak revise/recap semua yg dah blajar, nak bertanya-tanya mana yg tak faham. Semuanya semangat utk score peperiksaan kali ni. Macam2 presentation yg kami kena buat semuanya hampir selesai. Semakin ramai yg buat study group. Masing2 berdebar2 menunggu tarikh keramat yg bakal menentukan masa depan mereka. Peperiksaan akhir semester 2 yg bakal mendatang pada 15-18 April 2013 (Isnin-Khamis). Semuanya nervous menanti hari tersebut. Study week pon hampir tiba. Maka sebelum tibanya study week ni, kebanyakan antara kami ambil kesempatan utk bergambar bersama2 lecturer, berkumpul bersama2 pada minggu terakhir sebelum study week ni kerana agak susah nk jumpa time study week atas sebab masing2 sibuk utk 'last revision'. Termasuklah kami warga TTS 9.. hehe..
~Last day di Makmal Kimia~
~Last day di Makmal Fizik (blakang tu kertas presentation grup kitorg)~
Zamir & his group, tgh presentation Chemistry, bakal2 ahli kimia negara especially Zamir Qashri in sya Allah..
Ha, ni plak Hazim, dgn kertas kimia dia, pelajar cemerlang la katakan.. hehe..
Ni grup Azim Firdaus, presentation kimia gak..
Yang ni pesanan drpd Madam Tipah kpd kami sblm exam Chemistry nnti, lemey tulis..
Bergambar dgn Madam Shikin.. #last lecture fizik
Khamis malam, 4/4/2013, Majlis solat hajat perdana Tamhidi di tingkat 4 Pusat Tamhidi..
Syafiq Pek D & Uwais..
With Miss Ila..*nasib baik smpat amik gmbr skali..
-Formal-
-Candid- ..haha..
~Peace yo~!
~Hai semua~!
~KTS 3~
TIGA!!!!
~TTS 9~
*With Madam Faaizatul*
#tak ajak kitorg yg laki ni skali ea.. huhu..
*With Ustaz Naser*
*With Miss Nani*
*With Madam Shikin*
*With Madam Afiedah*
#baru habis jamuan ngn madam..
*With Madam Latipah*
#last tutorial class with madam.. ada jamuan ringan..
Akhirnya tibalah study week.....
Time ni ada juga lecturer yg buat kelas...
Sempat jumpa jap ngn Miss Nina..
Join kuliah Physics Sir ARHO kat KTS 2,, smpat brgambar ngn dorg jap (cikgu ARHO ajak.. huhu.. kalau x mmg x la)
Ha, cer teka, ni spe?? time ni nk pi amik slip MUET kat Canselori..
Ketika study week ini juga, kami, pelajar2 Tamhidi dikehendaki untuk mengisi 8 pilihan kos untuk program Ijazah Sarjana Muda akan datang. Agak kompius gak la mcm mana nak buat pilihan yg ke 4 5 6 7 8 tu, 1 2 3 alhamdulillah settle. Akhirnya, lepas beberapa minit, selesai juga.
~Bangunan baru FST USIM~
"Wahai orang2 yg beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
(Surah Ali-Imran, 3 : 200)
**************************************
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, masa yang paling mendebarkan, 15-18 April 2013, Isnin hingga Khamis, Peperiksaan Akhir Semester 2 Tamhidi sesi 2012/2013. Saat yg menggemparkan bagi semua pelajar Tamhidi. Sepanjang sem kami berhempas-pulas, tibalah masanya untuk kami keluarkan segala ilmu yang telah kami pelajari ke atas kertas2 peperiksaan. Bagi pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi, pada hari Isnin, kami dikehendaki utk mnjawab kertas Biology 2 dan English language 2. Hari Selasa, Physics 2 dan Bahasa Arab 2. Hari Rabu, Mathematics 2 dan ICT Skills. Dan hari terakhir, hari Khamis, Chemistry 2.
Alhamdulillah, kami berjaya melepasi keempat-empat hari ini. Dan aku, alhamdulillah, juga dapat menjawab semua kertas dgn sempurna, cuma jawapan dia je la xtau betul ke tak. Seusai tamatnya kertas Chemistry 2, aku dapat rasakan segala beban yg selama ini aku pikul, telah terlepas sehabis2nya. Otak aku menjadi ringan dan lapang serta tenang.. Alhamdulillah.. Tapi tak bermaksud aku belajar mmg hanya semata2 kerana exam ea, jgn salah faham pulak.. uhuk uhuk.. :) Selepas semua kertas dikutip,dan diberi arahan utk keluar, aku dapat lihat wajah2 ceria dan bahagia serta gembira telah terpancar pada setiap insan.. huhu..
ni pagi Isnin 15/4/2013 sblm exam start
kpd pemilik asal gmbr ni, saya mohon share ya, maaf..
~Hari terakhir Final Exam~
*Sebelum start exam*
Bergambar jap jom..
semangat betul dorg study..
kimia kimia, baca cepat.. amik gmbr jap ea..
Sep2 akaun.. semangat Tamhidi semuanya..
semangat, semangat~!! *aku sempat amik gambo lgi ek.. huhu..
#baca dh xleh masuk kpala, nak amik angin smpai exam start..
ni plak sep2 peguam syariah.. #khir still dgn trademark dia.. haha..
*Selepas exam*
Hannan(L) smpat lgi amik gmbr ek, mentang2 dh abis peksa.. huhu..
#xleh bwk masuk henset sbnrnya.. hehe..
itu dia, nasrul (kiri) berjalan dgn gaya machonya, bru habis exam..
Lemey & Salman (Medic)..
Zaim (Dentistry) & Hassang..
Shib + Muaz = pro dota.. hikhik..
Cerianya wajah mereka.. #KTS 3
Hassan (kanan hujung) yg manja..
brgambar jap, jap lgi dh nak balik~ yay~!
Alhamdulillah secara rasminya, tamatlah sesi pembelajaran kami dan title kami sebagai pelajar Tamhidi... dan kami akan bercuti selama 4 bulaaaan!!! lama tuu... sementara menunggu masa utk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda..
Ramai rakan2 aku pulang terus ke kampung halaman masing2. Ada yang balik esok harinya, Jumaat. Ada juga yg balik hari Sabtu dan Ahad. Nampaknya, kerinduan pasti terbuku di hati dek perpisahan ini yg entah bila kami boleh bertemuu semula..
@Tak lupa juga buat sahabat2 G-2-5, yang sentiasa OSEM sepanjang masa di rumah, menceriakan suasana yg hambar, saling membantu antara satu sama lain ketika masing2 dalam kesusahan. Farid, Hannan, Buk, Shibli, Hanif, Anas, dan Zhafarin. Macam2 gelagat dh aku tgk hampa ni, aku dh kenai hampa semua mcm mana dah. Bila nak makan pun sama2 kumpul kat hall rumah dan makan sama2, main DOTA pon sama2 berjemaah satu rumah.. haha.. mana taknya, lepas sorg, sorg blajo main, dgn ada pro-nya lagi, dah mcm majlis aku tngk.. kadang2 keluar bersama2 pergi ke mana2, makan luar, futsal, badminton, bercuti, dan lain2 lgi, naik kete legend saga hijau WHY 9823 kepunyaan Farid, always legend of all time. Aku akan sentiasa kenangkan hari2 kita bersama. Semoga berjaya dengan cemerlang housemate2 skalian, sentiasa maju ke hadapan menuju masa depan anda di samping tidak mengendahkan suruhan agama. Really miss you guys~ *btw, merujuk kpd keputusan kos Ijazah Sarjana Muda ahli G-2-5, semua kos FST ada, cakap je nak apa, kecuali Electronic Engineering, sbb ada org tu xde rezeki nk dpt engine ni..huhu.. and Hannan ngn Zhafarin mmg dari sekolah rendah mmg sangat susah nak dipisahkan, sampai ke degree mereka kekal bersama, ibarat kacang sayangkan kulit.. haha.. peribahasa baru.. :P Gurau2 manja je ea, Hannan ngn Zhafarin, dah lama dah tak bergurau2 amboi ngn kowg.. In sya Allah, kalau ada rezeki, dapatlah kita bertemu lagi walaupun masing2 dgn hala tuju masing2.. :)
#ni je la gambar yg sesuai yg aku ada, gambar lain agak huduh sikit.. gambar Shib ngn Zhafarin kat bhgian lain, sowwy mowwy..
Dari kiri : Shakir, Farid, Buk, Anas, Hanif
Hannan & Buk
Hannan & Hanif
Hanif, Shakir, Hannan & Azry
*******************************************
**My lecturers' name list in semester 2 :-
1- Chemistry 2 = Madam Latipah Bt Mohd Noor
2- Physics 2 = Madam Nur Ashikin Bt Zakaria & Miss Fazilah Bt Syaikh Mohd Noor
3- Biology 2 = Madam Faaizatul Ahya Bt Hj. Abdul Hamid & Miss Rosnani Bt Mohamed
4- Mathematics 2 = Miss Faeza Bt Ab. Talib & Miss Nur Amanina Bt Kamaruddin
5- Arabic Language 2 = Mohd Naser Bin Mohd Sabri
6- English Language 2 = Madam Afiedah Bt Kasmani
7- ICT Skills = Madam Khairunnisa Bt Jamaluddin
#tidak lupa juga kepada Sir Abdul Rahim Haji Omar (Cikgu ARHO), lecturer Physics..
*Terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kepada semua lecturer yg sudi mengajar kami, melayan kerenah2 kami yg bermacam ni tanpa rasa jemu, sentiasa curah, curah dan terus curahkan ilmu yg terbuku di dada. Kami minta maaf atas segala slh silap yg prnh kami lakukan. Sesungguhnya, walau di mana2 jua kami belajar, walau apa2 bidang yg kami ambil sekalipun, kami tetap anak2 murid anda yg sentiasa mengenang jasa2 anda.. TERIMA KASIH sekali lagi :)
**************************************
Pada hari Sabtu, 20/4/2013, kami, anak2 TTS 9, telah buat 1 trip. Antara tempat yg kami pergi ialah Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor, lagi, Putrajaya, pi main bowling kat sana, lagi, pi Masjid Besi.. dan malam tu, kami pulang ke KKNC. Macam2 aktiviti yg kami lakukan sepanjang trip kami ni.. Seronok~!! dapat menghabiskan sisa2 masa yg tinggal dgn kawan2 yg akan terpisah dan bakal menjadi mahasiswa USIM menuju haluan hidup masing2.. huhu..
Baru sampai di Paya Indah Wetland..
Kaunter Penerangan..
Kami bertolak pada jam 9.oo pagi setelah semua telah berkumpul. Sebanyak 4 buah kereta (3 wira, 1 waja (hanis punya)) membawa 18 orang. 3 orang drpd kami tak dpt nk turut serta, Hazirah, Hamie Syazwani dan Atiqah, atas sebab2 tertentu. 1st destination, Paya Indah Wetland kat Dengkil. Dah pusing2 bape kali, dah tanya orang yg berdekatan (kat Kem PLKN yg ada dekat2 situ), alhamdulillah barulah jumpa. Masuk, cari parking, bergambar2 sikit, then ke kaunter penerangan (Syewa & Afifah, yg laki ada yg ikut2 gak). Kat situ, kami dapat berbasikal, buat BBQ (since ada tempat rekreasi dia kat situ), dapat round2 keliling, tengok badak air, tengok tasik buaya, tasik badak dan last skali solat Zohor.
Waktu tengah hari tu, kemudiannya kami bertolak ke Putrajaya. Di sana, kami pergi ke sebuah Shopping Mall utk bermain bowling. Kami dibahagikan kepada beberapa team, 1 team 3 orang. Aku dpt team dgn Afifah dan Fatin Syafiqah. Yang the top bowling ni, sape lagi, Hannan(L) la. Banyak betul dia punya Strike. Last2 dapat resultnya, mmg dia yg no 1. Aku kat tengah2 je, tak reti main sangat, main pun suka2 je. Ok, selepas main bowling, kami terus ke Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin). Sampai lebih kurang jam 5 lebih dah nak pukul 6 ptg gitu. Solat Asar di situ dan proceed kpd event yg seterusnya iaitu majlis tukar2 hadiah. Time ni, nampak la ramai orang bawak hadiah semua besar2. Sedikit ucapan, bacaan doa, dan terus dgn tukar hadiah. Nama dan jenis hadiah apa nak bagi, telah pun dicabut pada sesi jamuan bersama Madam Afiedah sebelum trip ni. Aku telah dapat nama 'Natasha', so, kena bagi pada dia. Dan aku telah dapat hadiah drpd sahabatku yg bernama Mundzir. Terima kasih Mun! then solat maghrib. Lepas je solat, malam tu terus pulang ke KKNC. Dalam lebih krg pukul 9 lebih, alhamdulillah kami selamat sampai ke KKNC.
peace~!
lai3, pilih basikal masing2, amalkan gaya hidup sihat..
My car~ :P *jom spe nak naik?? pi tgk badak air..
Ha, ni la badak airnya..
Rusydi bagi makan kat dia..
Sarapan pagi~
eh, ada merak la kat sini..
erk.. maaf, kami bukan seperti yg anda sangkakan.. hehe..
Mun & Afiq - BBQ~!!!
Jemput makan ye~!
ada game sikit.. Hannan sorg je laki yg join, wakil laki, yg lain malu.. :P
Bowling session~!! at Putrajaya..
eh3, nan, jatuh pulak kang..
hehe...
Atas skali Hannan, bawah skali pun Hannan..
Nampaknya kedua-dua Hannan berjaya mendominasi permainan Bowling ni.. hehe..
My bowling team~
pebenda tah dorg buat ni.. *cinta terhalang.. hahaha..
Masjid Putrajaya.. #silau la..
Trademark TTS 9.. ngehngeh..
Ruang solat Masjid Besi..
Taman Mini Masjid Besi..
Sesi tukar2 hadiah..
Begitu seronok skali menghabiskan sisa2 masa bersama mereka. Lepas ni, entah senang entah tidak, nak berkumpul semula, buat reunion TTS 9 ke, lepas masing2 dah pecah ke bidang masing2 degree nanti. Semuanya telah menjadi nostalgia. So, aku harap, ukhuwah antara kita yg terjalin bagaikan adik-beradik ni, dapat dikekalkan ikatannya sampai ke syurga. In sya Allah.. Aku pasti akan merindui kamu semua dan saat2 kita bersama :)
**************************************
Alhamdulillah, tamatlah sudah perjuanganku sebagai seorang pelajar Tamhidi. Dan akan bercuti selama 4 bulan. Rasanya xde apa sangat nak buat cuti ni. Kerja je la kat mana2.. huhu..
Daripada Sahl bin Saad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Barangsiapa yang menyegerakan berbuka puasa apabila telah masuk waktunya, maka dia akan mendapat kebaikan yang berterusan."
(H. R. Bukhari & Muslim)
*Alhamdulillah sahabat2 sekalian, kita sekarang sudah hampir berada di penghujung Ramadhan. Kita sudah hampir 'GRADUATE' daripada 'UNIVERSITI TARBIYAH' ini bagi 'SEMESTER' kali ini. Kita bakal melanjutkan pelajaran,,, bukan, memperkasa, memperteguh pelajaran yg kita telah pelajari pada 'SEMESTER' yg akan datang pada tahun hadapan. Kalau boleh, xyah tunggu tahun dpn pun xpe, setiap hari je terus.. hikihik.. In sya Allah (^_^V) Dan kita bakal memakai 'BAJU GRADUASI' yg baru yg boleh didapati di mana2 pasar raya atau melalui tempahan.. hehehe.. Terlalu sekejap masa berlalu. Bulan Ramadhan yg ibarat baru sahaja kita meraikannya, telah pun hampir ke penghujungnya. Fasa yg ke-3 Ramadhan iaitu Fasa Pembebasan daripada Api Neraka bakal berlalu lagi beberapa hari je lagi, sementara 2 beradiknya, Fasa 1 : Fasa Kerahmatan dan Fasa 2 : Fasa pengampunan telah pun berlalu dgn pantas. Sedar tak sedar, celik tak celik, kita telah pun masuk bulan 8 setelah berapa lama kita bercuti semenjak berakhirnya Peperiksaan Akhir Semester 2 Tamhidi sesi 2012/2013. Dan kita bakal bergelar mahasiswa USIM, bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bakal mendaftar bagi Tahun 1 pada 2/9/2013 hari Isnin.
Jadinya, pertingkatkanlah lagi amal ibadah kita dalam saki baki hari pada 10 malam terakhir Ramadhan yang tinggal ini, terutamanya pada malam2 ganjil, di mana tersoroknya satu malam yang penuh dengan barakah, yang menjadi rahsia Allah bila berlakunya, yang sudah sedia maklum ganjarannya yang berlipat2 kali ganda, untuk kita sama2 memburu sehingga ke pengakhir Ramadhan, iaitu, LAILATULQADAR.. Rugilah kita jika kita melepaskan peluang keemasan yang Allah telah berikan kepada kita, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini (lbih krg 83 tahun), untuk kita amati ketenangannya dalam ibadah2 kita. Moga2 Ramadhan kali ini, berjaya mentarbiyahkan kita, menjadi insan yg taat kepada perintah Allah, menjadikan diri kita hamba yg benar2 mengabdikan diri kepadaNya, berjaya mendidik nafsu kita, dalam melakukan setiap perkara.*
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? (2) Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yg ditakdirkan berlakunya pada tahun yg beikut). (4) Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar! (5)"
(Surah Al-Qadr, 97 : 1-5)
#Akhir kata, saya, Muhammad Irfan Bin Mohd Jaleel, dgn rendah diri dan hatinya, ingin memohon beribu-ribu kemaafan atas segala salah silap saya, keterlanjuran kata2 saya, ketersasulan tutur bicara saya, terlebih gurau senda, sepanjang saya hidup bersama anda semua yg pernah mengenali saya, dan saya juga ingin memohon maaf atas segala kata2 saya dalam post ini, mohon maaf atas segala gurau senda saya sekiranya ada yg x dapat terima, dan saya ingin mohon maaf kepada sesiapa yg namanya dan gambarnya ada dalam post ni, mungkin ada yg berasa malu, tapi saya nak bagitau lagi skali, saya sangat suka kenalkan kawan2 saya kepada orang lain sbb saya rasa sangat bangga dan bersyukur ada sahabat macam anda semua, dan saya sangat2 menghargai anda semua.. Sesiapa yg xde dalam post ni, jgn la berkecil hati ye, minta maaf sngt2.. hehe.. mungkin saya x kenal anda, atau x terlintas di fikiran saya tentang anda walaupun sejenak, atau dah terlintas tapi x berkesempatan atau terlupa nak letak.. huhu.. Terima kasih kerana sudi membaca post yg terlalu panjang lebar dan yg x seberapa ni, mohon maaf atas segala kekurangan dalam blog saya ni, sesungguhnya saya hanya insan yg lemah shja.
TAHNIAH buat semua sahabat x kira kenal atau tidak kerana berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, semoga anda terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing2, dan juga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Best of luck to all of you~
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI buat semua sahabat. Ingat, Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja utk kita meriah2, tetapi sebagai hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di seantero dunia setelah sebulan berpuasa. Oleh itu, Salam Ukhuwah, Salam Mahabbah, Salam Aidilfitri..#
~~ Jumpa 2/9 nanti ye~!! ^_^ ~~
Best of luck utk degree kpd anda semua!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wahai sahabat2ku, kemanisan ukhuwah itu bukanlah terletak pada harta kekayaan, bukanlah terletak pada kecerdikan akal fikiran, bukanlah terletak pada lancarnya tutur kata, bukanlah juga terletak pada keserian dan keindahan wajah, tetapi manisnya sebuah ukhuwah itu dapat dirasai dengan lahirnya rasa cinta terhadap sahabat hanya satu2nya niat iaitu kerana ALLAH. Pabila terasanya kemanisan ukhuwah itu, in sya Allah, akan terasalah juga kemanisan iman di dalam diri. Harapnya, moga kita dipertemukan sekali lagi oleh Allah s.w.t. di lain hari, jika tidak di dunia ini buat selama2nya, maka, destinasi terakhir bagi pertemuan kita adalah tidak lain tidak bukan, di SYURGA ALLAH. In sya Allah :') Ukhuwah Fillah.."
(~syababcoolz94~)
~6 Pesanan Imam Ghazali~
~Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah~
<<<--Wallahu'alam-->>>