Tuesday, September 7, 2010

Doalah kepada orang tua kita...

Bismillahirrahmanirrahim...


Rasulullah SAW pernah bersabda :-

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :-


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.."

Huraian hadith :-

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT.


- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 


- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT. 



- rezeki itu bukan pada sijil SPM,
STPM, IJAZAH, Matrikulasi/Tamhidi dan sebagainya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita...

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, di mana2 saja, (tidak termasuk waktu solat) 


Kesimpulannya: 
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (eg.. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu etc)






"YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua-dua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn ya rabal'alamin...." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)


Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / ibuku / ibu bapaku di tempat orang2 yang beriman."

I love my parents so much!!!!thank you very much ibu and ayah...^_^

Kenapa Tak Rogol Saya?

Bismillahirrahmanirrahim....




Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi
dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita
ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that
I'm alone?"
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my victim."
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL OF THE STORY???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandanganku...
semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA....

semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang direjam.......

Anda yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...


(ayat kursi sepatutnya diamalkan oleh semua orang,bukan perempuan shj)