Monday, April 29, 2013

~My Life in USIM as Tamhidian~ (PART 1)

Bismillahirrahmanirrahim...


 Sama2 perbaharui IMAN kita~!


"Oleh itu, INGATlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undang Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan berSYUKURlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Surah Al-Baqarah,2 : 152)


Assalamualaikum... Salam Ukhuwah, Salam Mahabbah, Salam Persahabatan...
Harapnya semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan sentiasa berada dalam redha dan rahmatNya in sya Allah..

Rasa macam dah lama x bukak blog ni, since the end of year 2011 I think...huhu.. dah bersawang2 dah ni, time to update my blog~ :)

Pertama dan selama-lamanya, marilah kita bersama merafa'kan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat lagi kita menghirup udara untuk bernafas, menggunakan tangan untuk kerja2 amal, menggunakan kaki untuk melangkah ke arah kebaikan, menggunakan akal untuk menghasilkan buah fikiran, dan sebagainya, dan yang paling utama, nikmat yang paling besar yang kita sedang amati sekarang ialah,, nikmat IMAN & ISLAM... Alhamdulillah..

Akhirnya, tamatlah sudah perjuanganku bersama rakan2ku yang lain sebagai seorang pelajar tamhidi sesi 2012/2013 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), alhamdulillah, aku berasa sangat2 bersyukur, rasa seperti baru je terlepas segala beban, huhu.. tetapi kita kena ingat juga, walaupun kita telah banyak menghabiskan waktu kita dengan menuntut ilmu duniawi, kita mestilah juga seiringkan dengan ilmu ukhrawi, selagi mana kita masih berada dalam usia yang muda ni, selagi mana kita masih memegang title pelajar ni, selagi tulah kita kena bertungkus lumus mengumpul ilmu2 yang bermanfaat, tak kiralah duniawi ke ukhrawi, asalkan bermanfaat, sebarkan dan amalkannya, terutamanya yang ukhrawi, kerana bila kita dah masuk ke alam pekerjaan dan rumah tangga nanti, kehidupan kita menjadi semakin sibuk, mungkin sampai yang lelaki ni nak ke masjid pon dah tak sempat, tapi at least kita dah ada bekalan time usia muda, tapi x bermakna dah kerja x boleh tambah bekalan akhirat, seluruh masa kita ada ni sebenarnya kita boleh buat amal baik, x kira kecil atau besar... in sya Allah, pesanan untuk kita semua, terutamanya diriku sendiri... rasanya cukup la tu kot sebagai muqaddimah, pemanas minda untukku buat ayat2 yang seterusnya.. hehe..

Actually, I would like to share with you guys from the start of my life in USIM as tamhidian, before registration until I leave KKNC, but I think not all la, and not very specific, sebab dah banyak lupakan, lagi2 sem 1, hehe... if you refer to the title of this post, I had added 'PART 1' at the end of the title right? that means this whole post, this whole story is about tamhidi semester 1 in 2012, so, hope you can wait for PART 2... and enjoy my story~! :)


"Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) agama dengan betul dan IKHLAS, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik."
(Surah Yunus,10 : 105)


AL-KISAH,,, Rabu, 23/5/2012, pagi2 pukul 4 sudah aku bangun, persiapkan diri untuk 1 perkara besar yang bakal aku hadapi, ke 1 tempat yang bakal menjadi tempat yang sangat bermakna buatku. Akhirnya setelah lebih kurang 2.5 bulan aku bercuti (trmasuk time lepas habis SPM, 13/12/2011), dan lebih kurang 2.5 bulan (3/1/2012 - 17/3/2012) di PLKN Kem Desaru Gerakhas, Kota Tinggi, Johor (campur semua dlm 5 bulan), aku bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai seorang pelajar Tamhidi sesi 2012/2013 dalam kos Tamhidi Sains dan Teknologi..

Setelah bersiap2, semuanya dah siap packing, dengan berbaju kemeja ungu dan tight in dengan smartnya, dengan langkah kanan diiringi ucapan 'Bismillahirrahmanirrahim', aku pon mula mengorak langkah, memasukkan kesemua barang aku ke dalam kereta dan lebih kurang jam 5.15 pagi, aku mula meninggalkan rumah kesayanganku di Batu Pahat, Johor, menuju ke destinasi utama yang bakal menjadi tempat tinggal kedua aku. Dan yang lebih utamanya ialah, menuju ke medan ilmu...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudahkan kepadanya jalan ke syurga."
(Hadis Riwayat Muslim)

Solat subuh di sebuah masjid di Parit Jawa, Johor. Dalam perjalanan, aku singgah dahulu di sebuah perhentian untuk bersarapan pagi. Di situ, ramai gak la yang aku nampak pakai baju ungu kan, semua nak pergi ke tempat yang sama dengan aku aku fikir. Orang pertama yang aku terserempak dan bertegur ialah Arif Ramli ( KTS 1,epel manis.. hehe..), one of my old friend in SMKA Maahad Muar, Johor, since the school break at the end of year 2009 after PMR, and he left the school to registrate to a new school in Mersing, Johor (SMSSI) awal2 tahun 2010 (sebab dapat result cemerlang PMR kan..hehe..), I never meet him until that day at that perhentian.. Alhamdulillah, at last dapat la jugak jumpa salah seorang kawan lama kan.. tapi actually,,, orang pertama yang aku ternampak, sebenarnya,, Amira Mohammad (Medic), one of my classmate in school, malu nak tegur sebenarnya.. huhu.. :P Then after breakfast, I continue my journey with my parents to Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai..


Pintu Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

*********************

Kami sampai ke bandar Nilai, Negeri Sembilan lebih kurang jam 10 pagi. Dari bandar, kami menuju terus ke Stadium Tertutup Nilai untuk sessi pendaftaran pengambilan pelajar Tamhidi yang baru. Kat situ jumpalah kawan2 lama, Daryl Ariffin Muharar (KTS 2), Nadiah Jamal (KTS 1), Siti Hajar Firdaus Tay(my schoolmate, dah pindah UTP awal sem) dan siapa entah lagi, x ingat..

Selesai je daftar, lepas serahkan semua dokumen yang dia minta, lepas dapat kad matrik, and kunci rumah KKNC dalam sampul surat warna perang bertulis G-2-5-1 di atas hujung sebelah kanan, my parents and I terus naik kereta menuju ke KKNC pula. Alhamdulillah, pendaftaran berjalan dengan lancar,, sebab ada orang yang dokumen tertinggal, gambar xde, macam2 la.. rasa bersyukur sangat semuanya selesai dengan lancar dan cepat..

Sampai je KKNC, kereta dah banyak parking kat depan KKNC, kat sebelah tasik kawasan lapang tu, penuh~ nasib baik terjumpa 1 ruang nak parking.. then,barang2 semua bawak keluar, dengan bantuan ibu and ayah, barang semua angkut terus masuk KKNC.. masuk je dalam, tengok senarai rumah kat depan blok lelaki tu (Blok G), naik tangga, masuk rumah, YES!!!orang pertama rasmikan rumah tu, G-2-5!!! Aku cari bilik aku, buka pintu bilik yang berkunci tu, masuk dan terus meletak barang2 yang diangkut tadi.. sejurus itu, aku berbual sejenak dengan ibu bapaku, "ada apa2 barang yang tertinggal lagi x, nak?" "xde, bu, semua dah bawak turun tadi.." "abang ada apa2 barang yang nak dibeli lagi x?" "ada, abang nak beli bantal, bantal xde ni, tapi nanti kot yah, nanti abang turun beli.." "belajar elok2 ya nak, belajar pandai2 tau.. ibu sayang abang.." sambil mengusap kepala aku, secara spontan, air mataku mengalir di hadapan ibu ayahku, ya Allah, caringnya mereka padaku ya Allah, semakin bertambah kasihku kepada mereka :') then, aku bersalaman dengan mereka, mengucup tangan dan pipi mereka, berpelukan seketika dengan mereka, pergi hantar jap ke kereta, nak tengok mereka pulang ke rumahku yang asalnya, melambaikan tangan kepada mereka, melihat wajah mereka yang bangga dengan anak sulung mereka dengan perasaan 'Ya Allah, anakku dah masuk universiti ya Allah, syukur ya Allah!!',,,.. selepas kereta mereka hilang daripada pandanganku, aku terus naik ke rumah dan mula mengemas barang..

********************

Ketika sedang mengemas, tiba2 masuk seorang lelaki berbadan besar yang tingginya lebih kurang je dengan aku, membawa masuk barang2nya ke dalam bilik yang sama denganku, aku pon senyum la kat dia, dia pon senyum kat aku.. haha.. lepas je dia selesai angkat barang dia, aku pon dah selesai kemas barang aku, kami pun berkenalan, hai,nama awak siapa? haha.. xde la..(geli aku).. (bersalaman) "erm..nama siapa ek?", "Shibli", "erm..apa??shiiiii..", "Shibli, Shibli", "amboi, Shibli, canggih nama~" (haha), "nama kau?", "nama aku irfan".., nama penuh dia, Ahmad Shibli bin Abu Samah (KTS 2), panggil Shib jer, Shibli ni sangat baik orangnya, mula2 kenal ni teramat la baik, dah lama2 kenal pon sangat baik, seriously~ hihi.. juga seorang yang sangat caring kawan2 dia.. tinggal di Gombak, Selangor.. kemudian, kami melepak kat hall rumah tu, melepaskan penat, berbual2 seketika.. then, datang lagi sorang insan bersama keluarganya, berbadan besar2 manis gitu, masuk ke dalam bilik betul2 di hadapan bilikku, bilik no 2, tapi aku x berniat untuk berkenalan dengan dia dulu, hanya bersalaman dengan bapanya dan dia sahaja, tiba2 aku teringat satu perbualan aku dengan seorang kawan aku ni, Huda Aqilah Sa'idan (KTS 2), classmate aku waktu sekolah dulu, juga dapat tawaran ke USIM, Tamhidi Sains dan Teknologi,,, katanya, abangnya ada jual2 kat situ, depan KKNC.. then aku ajak si Shibli turun ke bawah tengok2 apa ada kat gerai2 luar sana, banyak gak la gerai, dalam dan luar KKNC, alang2 nak turun tu aku beli la sekali bantal.. jalan punya jalan, cari punya cari, x jumpa pon, xpe la, aku dan shibli just jalan2 ambil angin je dalam kesesakan orang ramai, dan alang2 tu juga, kami beli penyapu dan penyodok, kemudian naik semula ke rumah..


Shibli(kiri) yang hensem,sopan je dia duduk~

Masuk je rumah, tengok2 dah ramai dah orang masuk, 2 keluarga aku jumpa time tu, nak dipendekkan sedikit cerita, tinggal la aku bersama rakan2 yang baru di rumah itu.. aku berkenalan dulu dengan orang bilik aku.. Sorang ni namanya Bukhari Rashid (KTS 1), dia tinggal di Kluang, Johor, (excited sikit ada orang Johor sama dengan aku), Bukhari ni 'orang komputer', pro in computering, and also a gamer, sangat hebat orangnya, sporting and style, panggil dia Buk.. seterusnya, namanya Muhammad Anas Syahir bin Mohd Junaidi(KTS 3), orang panggil dia Sik, sebab dia tinggal kat Sik, Kedah, entah kenapa tiba2, tapi aku panggil dia anas je la.. Anas ni orangnya sporting gak, kelakar, lawak, serious lawak.. haha.. time aku mula2 kenal dia, aku nak cakap dengan dia pon aku kurang faham loghat kedah dia, sampaikan ha?? ha?? apa dia?? dua tiga kali.. haha.. hang punya kedah pekat sangat la Anas.. tapi lama kelamaan, aku mula menguasai sedikit demi sedikit loghat kedah ni, sampaikan loghat kedah la yang paling kuat digunakan dalam rumah G-2-5, termasuklah aku.. hahaha..

Then, aku berkenalan dengan orang depan bilik aku plak, bilik no 2.. Sorang ni namanya Mohamad Hannan bin Mohamad Noor (KTS 3), orang panggil dia Hannan, mula2 aku nampak dia, ingatkan macam gangster ke apa ke, muka macam ganas2 sikit, bila tanya nama dia,"Nama kau siapa?", dia senyum lebar sambil tengok aku dan jawab,"Hannan~!" dengan nada dan wajah yang sangat ceria.. haha.. seorang yang sangat periang, ceria, dialah yang selalu menceriakan rumah.. haha.. kat rumah happening je, chill2 je semua, xde nak tension2, seronok~!! kemudian, ada sorang lagi, namanya Muhammad Zhafarin Firdaus Bin Zulkefly (KTS 3), orang panggil dia mula2 Firdaus, dah lama2, majoriti orang panggil Zhafarin plak, xpe, asalkan baik maknanya, dia ni seorang yang cukup konsisten dalam melakukan kerja, tegas, serious, suka tolong orang, suka backup orang and very persistent in trying to cheer people around him.. Zhafarin ni kawan baik Hannan, sekolah sama, kelas sama, tempat tinggal sama, kat Bangi, Selangor, bilik sama kat rumah KKNC, ambil kos yang sama, Tamhidi Sains dan Teknologi, kuliah pon sama, memang sehati sejiwa betul la diorang ni, bagai isi dengan kuku, hubungan mereka ibarat air yang dicincang tidak akan putus.. kihkih..

Perh,Hannan,dah mcm Sean Kingston dah~ haha..

Dan yang terakhir, bilik last, no 3, sorang namanya, Muhammad Hanif bin Rosdi(KTS 1), Hanep ni orangnya cool je, tenang2 gitu, kalau tension pon cool je, chill2 je, tapi jangan disangka, air yang tenang tiada buaya.. haha.. datang dari Pasir Puteh, Kelantan, ore klate ruponyo dio nim.. huhu.. lagi sorang ni namanya Muhammad Farid bin Abdul Rahman(KTS 3),panggil Farid jew, tinggal kat Wangsamaju, Kayyell, orangnya besar2, dah macam bapak orang dah, mukanya hensem2 matured gitu, sebijik macam Akasyah pelakon tu, pro gak la dalam computering ni, gamer, ada bawak kereta saga hijau, WHY 9823 (promote2, haha..)... so, ni la dia my first seven new friends in USIM, my housemate G-2-5.. macam2 gelagat budak2 ni..


Dari kiri - Hanif & Hannan si comel :P

Kemudian, lagi mengejutkan aku, aku dapat jumpa semula schoolmate and ex-schoolmate aku, yang lelaki, 6 orang semuanya, Arif Ramli(KTS 1), Afif Ishari(KTS 1), Daryl Ariffin(KTS 2), Khir Salleh(Tamhidi Syariah dan Undang2), Saufi Sapon(Dentistry) dan Afiq Ghazally(Medic), tetapi selepas beberapa minggu, Afiq Ghazally melanjutkan pelajarannya ke Mesir dalam bidang yang sama, bidang perubatan. Arif dan Afif serumah, jiran sebelah rumah aku, Daryl dan Khir pun serumah, jiran betul2 atas rumah aku, dekat2 je semua, Sopi je hujung dunia.. :P

Tetapi perkara yang paling seronok yang menjadikan diri aku lebih suka untuk tinggal di situ ialah aku dapat berkenalan dengan kawan2 yang datang dari seluruh Malaysia, datang dari setiap negeri, Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, W.P. Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis, and even Sabah Sarawak pun ada.. I'm very happy to make friends with all of you ;D

********************

In about three days we had an orientation programme. Most of the time we spent in Stadium Tertutup Nilai, following all events that held in that three days. After orientation week, we were separated into courses that had been chosen for us, but I think most of us got our first choice, I think.. never mind.. but I chose Tamhidi Sains dan Teknologi as my first choice... and we, Tamhidi of Science and Technology students were separated into 3 lecture groups, KTS 1, KTS 2 and KTS 3, dan aku telah diletakkan ke dalam group KTS 3, bersama2 4 lagi housemate aku. First day in lecture group, very quiet, don't know each other yet, obviously like that at all places I think. First lecturer we met was Madam Shikin, very sporting and happening lecturer. We didn't start any lecture yet, just briefing what subjects will we study. After a short speech, she asked us,"Siapa nak jadi ketua?", tiba2 Zhafarin jawab,"Hannan!!" dari arah belakang. Waktu tu lelaki semua duduk belakang. Lepas tu Hannan pulak yang menjawab,"Firdaus!!!", then madam pulak tanya,"Ha,Hannan ke Firdaus??". Tiba2 kedengaran suara seorang muslimat jawab dari depan,"Firdaus, Firdaus!!". "Ok, Firdaus, boleh ea Firdaus? Semua setuju ea Firdaus jadi ketua?". "Setuju!!". So, we have decided that Zhafarin Firdaus will become our group leader, jadi "Ketua darjah" bak kata Madam Shikin.. huhu.. then, tiba2, aku terkejut, sebelum keluar dari dewan tu (DKP 1,Pusat Tamhidi), aku terserempak dengan seorang lagi classmate aku dulu, duduk belakang aku dalam kelas waktu sekolah dulu, Ummu Solehah binti A. Rahman @ A. Rahim.. rasa gembira juga dapat jumpa semula classmate aku tu, termasuk juga yang lain2..

Kemudian, lepas habis masa bersama Madam Shikin, kami semua perlu berpecah mengikut group tutorial masing2. Nama kami semua telah disusun mengikut nombor matrix, so, aku telah ditempatkan dalam satu group tutorial named TTS 10. KTS 3 ada 5 group, bermula TTS 9 hingga TTS 13, and TTS 13 is the last tutorial among all KTS. KTS 3 ada 5 group tutorial berbanding dengan KTS 1 dan KTS 2 yang cuma ada 4 group je, sebab KTS 3 semester 1 ni jumlahnya more than 110, KTS lain kalau tak silap range nya dalam 95-100 gitu.. Ok, so, nama aku tersenarai dalam TTS 10. Housemate aku, Hannan dan Farid juga sama tutorial dengan aku. Minggu pertama dalam group tutorial, lecturer masuk, tapi lebih kepada ta'ruf. Waktu hari pertama masuk TTS 10 ni, semua senyap2 belaka, ya la, tak kenal lagi semua kan, time ni xde lecturer yang masuk lagi, tiba2, seorang muslimat bersuara, "erm.. kita lantik ketua nak?". Semua pandang dia, lepas tu, yang lelaki ni plak, dia tunjuk dia, dia tunjuk dia, last2 point kat aku, aku nak tunjuk orang dah serba salah, semua orang dah ditunjuk.. haha.. bilanya nak habis tunjuk-menunjuk ni, lalu aku pun merelakan diri menjadi ketua TTS 10. Kemudian aku berdiri, bertanyakan persetujuan semua orang kalau2 ada yang tak setuju ke. Satu kelas bersetuju tanpa ragu2. Aku tersenyum sendirian, terus kepada ta'ruf,"Ok, nama saya Muhammad Irfan bin Mohd Jaleel. Tinggal di Batu Pahat, Johor." dan pelantikan penolong ketua. Yang ni, aku tanya sekelas dulu, tapi tiada yang nak, mungkin masing2 malu, lalu aku point terus ke arah muslimat yang meminta seorang jadi ketua tadi, dia pon setuju, yang lain setuju dan ta'ruf,"Nama ana Siti Sarah binti Wan Amil Abas. Tinggal di Perak." Then, terus proceed kepada ta'ruf yang lain pula...


"....Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuanNya."
(Surah Al-Hujurat,49 : 13)


Minggu demi minggu, hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat, detik demi detik, kami meneruskan perjuangan bersama2, dan akhirnya kami telah kenal sesama sendiri dalam TTS 10, yang berjumlah 26 orang pada asalnya, then telah reduce kepada 24 orang kerana 2 orang daripada kami further study ke Mesir (Nurul Fasehah binti Zulkelnain pada awal semester dan Nurul Ezza binti Mohamad Nordin selepas Raya Puasa if I not mistaken), dan lagi2 aku yang ketua ni, sampai nama penuh pun aku ingat.. huhu.. Satu ikatan yang cukup kuat, ukhuwah yang cukup mantap, hubungan persahabatan yang bagaikan adik-beradik, telah terjalin tanpa kami sedari. Pelbagai cabaran telah kami tempuhi bersama, pengalaman yang cukup bermakna buat kami semua.. And I'm
 totally, 100% remember their name until now, bukan nak riak dan takabbur, tapi aku berasa sangat2 bersyukur kerana masih ingat nama penuh mereka, alhamdulillah, each one of them, except matrix number, yang dekat2 dengan nama aku je yang aku ingat.. hehe.. and I likely want to list all their names. 

Ahli2 TTS 10 semester 1 2012 (yg still stick together, excluding me) :-
1. Mohamad Hannan bin Mohamad Noor
2. Mohamad Shakirul Muez bin Ramli
3. Muhammad Rusydi bin Mohd Yusof
4. Muhammad Taufik bin Mohamad Zain
5. Muhammad Farid bin Abdul Rahman
6. Muhammad Hariz Hazim bin Hashim
7. Siti Sarah binti Wan Amil Abas
8. Nurul Shahirah binti Ab. Rashid
9. Nur Afifah binti Tajul Ashikin
10. Nur Hamie Syazwani binti Hamid
11. Nurhaida Dayana binti Md Jasman
12. Nini Syazwana binti Abdul Wahab
13. Wan Khairunisa binti Wan Nawawi
14. Fairuz Khalily binti Mohd Adlan
15. Rasyidatul Asyiqin binti Roslan
16. Fatin Faziera binti Mohd Zaimin
17. Nurul Aida binti Mohamad Salleh
18. Nurul Rashiqah binti Mohd Khalil
19. Farah Farina binti Ahmad Po'aad
20. Siti Diyana binti Mohamed Lazim
21. Nur Khalilah binti Zul Affanddi
22. Siti Maryam binti Mohamad Azhar
23. Hayatun Syamilah binti Abdullah

*betul x ejaan, n nama bapa???huhu.. punya la susah nak ingat korang sorang2 balik.. hehe..


With all my fellow friends TTS 10.. What a great time with you guys :)
~I miss all of you~

******************************

Pada awal2 sem dulu, pihak JAKSA telah di'recommand' oleh ex-Tamhidi yang lepas, sesi 2011/2012, untuk buat pelantikan Majlis Pimpinan Tamhidi. Sejurus itu, pihak JAKSA pon buat la pengumuman supaya setiap kuliah menghantar calon untuk diundi, muslimin 3 orang, muslimat 5 orang kalau x silap, xpe lah. Salah seorangnya ialah aku, calon KTS 3, entah macam mana aku boleh terpilih, masakan mereka boleh kenal aku dalam masa yang aku kira cukup singkat itu, memang aku x duga langsung, tapi aku redha je la, nak cari orang lain dah susah dah, lain siapa entah lagi, tak ingat. Pada keesokan harinya, petang, JAKSA buat pengumuman, semua diminta turun untuk berkenalan dan buat pemilihan calon. Maka, semua pun turun time maghrib. Lepas maghrib, calon2 diminta ke hadapan untuk sessi ta'ruf. Ramai gak la calon, muslimat lagi ramai.. Sessi ta'ruf pon bermula. Setelah habis kesemuanya, kami diberitahu untuk mengundi calon sekali lagi, dan keesokan harinya, dalam kuliah, kami telah diedarkan setiap seorang sehelai kertas yang isinya tertulis jawatan2 tertinggi majlis, eg. Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari.. maka kami pon tulis nama calon2 pilihan hati masing2.. Kertas tersebut dikumpulkan semula dan diserahkan kepada pihak JAKSA. Beberapa hari kemudian, aku mendapat mesej yang panjang dari pengirim yang tidak dapat dikenal pasti, salah satu potongan ayatnya, "TAHNIAH, enta telah berjaya untuk menghadiri temuduga pemilihan calon Majlis Pimpinan Tamhidi...", aku pon berfikir sejenak, 'hmm..nak pegi ke tak ek??'. Dalam dilema itu, aku telah meletakkan keputusan untuk pergi juga ke temuduga itu.

Temuduga berlangsung pada waktu malam. Aku persiapkan diri dahulu sementara menunggu masa yang ditunggu-tunggu. Beberapa minit telah pun berlalu, setelah solat maghrib, aku terus melangkahkan kaki menuju ke destinasi yang aku diminta pergi, 'depan pejabat KKNC, bersebelahan dengan Common Room' seperti mana yang tertulis dalam mesej yang telah aku dapat. Sampai sahaja di bilik itu, aku memberi salam dan mula masuk ke dalam. Kedengaran suara orang menjawab salam. Seperti yang diduga, terdapat 2 orang lelaki berada di ruangan bilik tersebut. Bilik itu sememangnya bilik mesyuarat dan sesuai untuk dijadikan tempat temuduga. "Ha, dapat mesej kan tadi?", "Dapat,dapat", "Ok, enta masuk dulu dalam bilik tu, dengan kawan2 enta yang ada kat dalam, nanti ana panggil sorang2.", kata Abg. Muiz, Fakulti Syariah dan Undang2, ex-Tamhidian 2011/2012, bekas Timbalan Presiden Majlis Pimpinan Tamhidi yang lepas (Batch pertama yang menubuhkan Majlis Pimpinan Tamhidi). Aku pun masuk ke dalam satu bilik seperti mana yang disuruh. Aku dapati baru hanya 4 orang sahaja di dalam bilik itu, sedang berbual, menunggu masa untuk dipanggil. Tak lama selepas itu, datang lagi 3 orang masuk ke dalam bilik yang sama. Hanya 8 orang sahaja muslimin yang menghadiri temuduga tersebut. Kemudian, Abg Muiz memanggil seorang demi seorang. Seusai sahaja temuduga, aku terus pulang ke rumah dan sambung semula kerja aku.

Dalam lebih kurang 2 hari kemudian, aku telah mendapat satu mesej yang mengarahkan aku untuk ke Common Room, di hadapan pejabat KKNC. Aku menduga sesuatu, 'eh, xkan aku kot yang dapat, tujuh orang lagi tu lagi hebat.' Tetapi, aku tetap juga pergi.. Sampai sahaja ke Common Room, aku dapati ada beberapa orang muslimin dan muslimat duduk dalam bentuk halaqah. Aku terus sertai mereka. Sementara menunggu yang masih belum datang, sedikit pengisian rohani oleh Abg Muiz dan kak Awatif, juga ex-Tamhidian 2011/2012. Setelah semuanya hadir, majlis dibuka dengan bacaan Ummul Tanzil dan diteruskan dengan pemberitahuan jawatan yang bakal dijawat oleh kami, calon yang terpilih untuk memegang jawatan dalam Majlis Pimpinan Tamhidi (MPT). Seorang demi seorang diberitahu peranan masing2, dan akhirnya nama muslimin yang terakhir, iaitu aku, bakal menggalas sebuah jawatan sebagai seorang Bendahari, huh, jawatan yang aku kira cukup berat bagi aku... bila difikirkan kembali, tugas presiden lebih berat daripada aku, tetapi, aku telah meletakkan satu deduksi bahawa setiap yang bergelar pemimpin mestilah menjalankan tugas dengan penuh amanah, dan setiap pemimpin yang terpilih ini bukanlah kerana manusia yang memilihnya, tetapi Allah jualah yang memilih, kerana Dia lebih tahu siapakah diri kita yang sebenarnya, adakah kita mampu untuk menggalas tanggungjawab pemimpin ini seiring dengan tugas2 kita yang lain, sebagai seorang pelajar, dan yang utamanya, juga sebagai seorang hamba Allah, tetapi hakikat sebenarnya adalah, setiap antara kita ini adalah pemimpin, seperti mana dalam sebuah hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :-

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam juga diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa2 yang berada di bawah amanahnya."
-(Hadis Riwayat Bukhari)-

Ciri2 seorang pemimpin mestilah wujud dalam setiap kepemimpinannya, mestilah ditonjolkan di hadapan masyarakat era modenisasi ini untuk mendapatkan kepercayaan mereka, sekali gus memberikan sokongan padu kepada pemimpin agar mereka dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, juga semestinya meletakkan Allah di tempat yang tertinggi dan melaksanakan tanggungjawab hanya kerana Allah 'Azza wajalla..
Pesanan buat semua terutamanya diriku sendiri..

Maka, tertubuhlah satu organisasi bagi Tamhidi sesi 2012/2013 iaitu Majlis Pimpinan Tamhidi (MPT). Masing2 menunjukkan kepemimpinan yang berkaliber dengan gaya kepimpinan yang cukup berwawasan dan proaktif. :)

*************************

Hampir 2 bulan telah berlalu selepas pendaftaran kemasukan pelajar Tamhidi yang baru sessi 2012/2013. Akhirnya, bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di seantero dunia telah pun berkunjung tiba, bulan yang cukup bermakna bagi kami semua, Ramadhan Al-Mubarak telah pun melabuhkan tirainya, datang menceriakan lagi suasana Islam di seluruh dunia. Sabtu, 21/7/2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijriah, malam yang pertama kami jalankan bersama-sama solat sunat tarawih di kawasan lapang di hadapan Blok G(lelaki), sangat seronok berjemaah bersama beramai-ramai... Dalam minggu pertama ini juga, kami telah menghadapi peperiksaan pertengahan semester selama 2 hari, bermula 26/7/2012 hingga 27/7/2012, Khamis dan Jumaat.. Masing2 bertungkus-lumus untuk 'score' dalam Mid Sem Exam ini, walaupun berada dalam bulan Ramadhan, dalam keadaan sedang berpuasa, itu tidak menjadi penghalang bagi kami, malah memberikan lagi semangat kepada kami untuk terus berjuang di medan ilmu.. Setelah tamat peperiksaan tersebut,iaitu pada hari Sayyidul Ayyam, Jumaat, ramai sahabat2 aku pulang ke rumah asal masing2, tujuan utama adalah untuk berbuka bersama2 keluarga. Sememangnya sangat seronok berbuka bersama keluarga. Aku hanya berkesempatan berbuka bersama keluarga pada minggu terakhir Ramadhan sebelum raya, dalam 2 hari sahaja, kerana ayah aku kata tak perlu pulang ke rumah bulan Ramadhan tu, hanya balik bila perlu dan balik bila cuti panjang, jadi aku follow je la.. hehe.. sedih la jugak.. Dalam pertengahan bulan, pengumuman pelantikan MPT secara rasmi diadakan pada waktu petang yang dilakukan oleh pihak JAKSA, 'simple' tetapi alhamdulillah berjalan dengan lancar, dan dirasmikan oleh Ustaz Izwan. Hebahan telah pun dilakukan, tetapi ahli2nya masih tidak lagi dikenali ramai...Dalam pertengahan bulan ini juga, warga2 TTS 10 juga mengadakan jamuan berbuka puasa bersama2 di Kukus Station, Nilai. sangat seronok bila berbuka beramai-ramai..

~Berbuka puasa at KUKUS STATION~


 Akhirnya, tibalah juga masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam dalam bulan Ramadhan, 10 malan yang terakhir, jangka masa yang diberi oleh Allah s.wt. untuk kami pertingkatkan amalan ibadah demi memburu satu malam, malam yang penuh barakah, pintu rezeki yang dibuka luas oleh Allah s.w.t., antara waktu yang dimakbulkan doa, pengampunan dan penghapusan segala dosa2, ditutup serapat-rapatnya pintu neraka, dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga, dan sebagainya. Itulah dia kelebihan malam yang agung yang dijadikan oleh Allah s.w.t., malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu malam Lailatul Qadar..

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar (1). Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? (2). Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan (3). Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) (4). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar (5)."
(Surah Al-Qadr,97 : 1-5)

@tak sabar rasanya nak tunggu bulan Ramadhan tahun ni pulak (2013) :)@

***********************

Ramadhan telah pun berakhir dan tibalah bulan Syawal, bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam. Tibalah jua Hari Raya Aidilfitri yang penuh dengan kemeriahan dan keceriaan dalam setiap wajah. Selama seminggu kami telah bercuti, cuti Raya Puasa dan juga cuti pertengahan semester. Setelah seminggu bercuti, kami semua pulang semula ke KKNC untuk meneruskan lagi perjuangan yang masih belum tamat. Pada hari Selasa atau Rabu kalau tak silap, seperti yang dirancang, tutorial group aku (TTS 10) mengadakan sedikit jamuan ringkas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Masing2 bawa kuih raya masing2, sedap2 semuanya.. Walaupun jamuannya agak ringkas dan hanya 25 orang sahaja semuanya (termasuk Ezza), kami tetap berasa gembira dan ceria kerana ukhuwah yang kami bina kuat dan erat, yang masih tiada lagi cacat cela dalam persahabatan yang kami jalinkan. 


Jamuan raya!!!masing2 bawak kuih raya masing2,semuanya sedap..


TTS 10 - dalam kenangan~


Dan selepas cuti mid sem ini juga, bermulanya program tazkirah pagi dalam kuliah sebagai pengisian sebelum bermulanya P&P. Ramai juga sahabat2 aku yang berkongsikan ilmu yang mereka miliki, sangat bermanfaat dan menambahkan lagi ilmu di dada.. dan semuanya hebat2 belaka.. ^_^


~Perjalanan Dakwah itu sentiasa berterusan~


Sebelum Nurul Ezza Binti Mohamad Nordin berpindah, melanjutkan pelajarannya ke Mesir pada hari Selasa 2/10/2012, kami TTS 10 mengadakan sedikit jamuan perpisahan, pada hari Selasa malam, 25/9/2012. Pelbagai hidangan telah disediakan, makanan utama kami ialah pizza, yang dibeli di Domino Pizza Nilai, KFC pun ada gak. Kami mulakan dengan ucapan ketua tutorial, seterusnya majlis makan2 pula, kemudian ucapan daripada sahabat kami yang akan berpindah, Ezza, pemberian hadiah kepada Ezza (mostly chocolate bar), and lastly, bergambar bersama-sama.. walaupun kami telah berjauhan, ikatan kami in sya Allah tiada kerenggangan..^_^(V)


Ha...ni la dia Domino Pizza and KFC,sedap hingga menjilat jari~


Ezza,yang berdiri berbaju hijau (abaikan tangan tu~haha..)


*Ayuh sahabat, sama2 kita menuju kejayaan!!*

**********************

Masa berlalu begitu pantas. Kami semakin mengenali antara satu sama lain dalam lecture group kami. Yang lelaki tidak lagi janggal dengan rakan lelaki yang lain dan begitu jugalah perempuan. Ukhuwah antara kami semakin erat, masing2 tidak sombong sesama sendiri. Alhamdulillah, itulah lafaz yang mampu kuungkapkan. Begitulah juga sahabat2 yang serumah dengan aku, semakin bertambah hari, semakin kuat ikatan antara kami. Kami hidup sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Gurau senda sesama kami menceriakan lagi suasana rumah, sememangnya sangat susah untuk berlaku sebarang ketegangan. Hati ini yang kadang kala kalut, resah, gelisah, apabila pulang ke rumah, berjaya dipunahkan dengan hadirnya mereka. Segala masalah yang dihadapi sering kali dikongsi bersama, dan cuba untuk diselesaikan bersama. Hubungan kami yang bagaikan adik-beradik ini menjadikan kami susah untuk melupakan sesama sendiri, sekalipun kami sendiri masing2 tinggal berjauhan, Johor, Kelantan, Kedah, Selangor, dan juga Kuala Lumpur.

"A brother may not be a friend, but a friend will always be a brother."
- Benjamin Franklin -


Final Sem Exam, baru habis paper Chemistry 1,hari Khamis petang 18/10/2012,,with my housemate
*Dari kiri - Farid, Anas, Buk, Irfan

Pejam celik, pejam celik, tibalah minggu terakhir, study week, sebelum Final Semester Exam, kami bertungkus-lumus, berhempas pulas, memanfaatkan dengan sebaik mungkin masa seminggu yang diberi ini untuk kami mengulang kaji semula pelajaran2 yang telah kami habis pelajari. Akhirnya, bemula pada hari Isnin, 15/10/2012, tibalah masanya untuk kami lontarkan segala yang telah kami pelajari ke atas kertas yang akan diterima kami untuk setiap subjek di dalam dewan peperiksaan (Bangunan Pusat Tamhidi baru, bilik2 tutorial dibuka dinding2nya). Masa untuk menentukan samada berhasil atau tidak, kefahamannya sampai atau tidak, bagi setiap pelajaran yang telah kami belajar. Selama lebih kurang seminggu kami menghadapi peperiksaan akhir semester ini yang tamatnya pada hari Isnin, 22/10/2012, dan akhirnya, habislah sudah pengajian kami untuk Semester 1. Kami bakal cuti selama sebulan sebelum meneruskan lagi pengajian untuk Semester 2 pula. 



Gentlemen from TTS 10,, struggle~!!


My lecturers' name list in semester 1 :-
1- Physics 1 = Madam Nur Ashikin bt Zakaria & Miss Fazilah bt Syaikh Mohd Noor
2- Chemistry 1 = Madam Latipah binti Mohd Noor
3- Biology 1 = Madam Faaizatul Ahya binti Hj. Abdul Hamid
4- Mathematics 1 = Miss Faeza binti Ab. Talib & Miss Nur Amanina binti Kamaruddin
5- Arabic Language 1 = Ustaz Khairuddin bin Hussein
6- English Language 1 = Miss Safiah binti Sharif @ Sheriff
7- Quranic and Hadith on Science = Ustaz Sanusi bin Shariff


Mujahidin KTS 3 - Bittaufiq wannajah fii Hayatikum ^_^


*KTS 3 - It's all about our sweet memories :)
~Ukhuwwah Fillah Abadan Abada~
...In sya Allah...

*********************

Dalam cuti sebulan itu, kami telah mendapat result untuk final sem exam, dan alhamdulillah, aku berjaya mendapat keputusan yang aku rasa cukup memuaskan hati aku, syukur sangat2.. sesungguhya rezeki itu di tangan Allah, setinggi mana pun kita dapat, serendah mana pun kita dapat, cuba untuk redha dengan keputusan itu, bagi yang rasa dirinya mendapat keputusan yang kurang memuaskan, still kena bersyukur dan cuba untuk redha, daripada tak dapat apa2, pertingkatkan lagi usaha dan terus berdoa kepada Allah, masih ada sinar harapan yang bakal menyinari diri anda.. Bagi yang dapat keputusan yang tinggi2 belaka tu, janganlah sesekali riak dengan keputusan itu, sebaliknya, bersyukurlah kepada Allah, berdoalah kepada Allah agar sentiasa dimurahkan rezeki, sekali Allah tarik semula nikmatNya, tiada makna lagi bagi kamu untuk memiliki sifat yang sebegitu..



~Rezeki itu Jaminan Allah~

Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur seperti mana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah ayat 152 yang telah kuletakkan pada awal2 perenggan.. in sya Allah, sama2 kita amalkan..
...Peringatan buat diriku dan sahabat2 sekalian...


*Setiap titisan juga adalah nikmat dari Allah :)


Dan dengan ini, tamatlah penceritaanku untuk A Life in USIM as Tamhidian (PART 1) (mcm novel la plak).
Nantikan kisah yang seterusnya, A Life in USIM as Tamhidian (PART 2) yang bakal menjelang tiba, in sya Allah, doakan :D Harap bersabar :)

"Terima kasih kerana sudi membaca. Minta maaf sangat2 bagi sesiapa yang terasa setelah membaca post ini, terutamanya setiap individu yang terlibat dalam cerita saya dari awal sampai habis, atas sebab gurauan saya yang berlebihan, and one more thing, memang niat saya nak masukkan nama2 anda, kerana saya sangat suka sahabat2 saya dikenali orang :) saya mohon maaf bagi sesiapa yang terasa nama dia xde kat dalam cerita saya, saya yakin ada yang begitu :P, ada sesetengah nama yang saya masih belum terfikir untuk letakkannya dalam cerita PART 1 ni, dengan kata lain, bukan dalam plan saya lagi, mungkin dalam PART 2 ke nanti; and ada juga yang memang tak terlintas dalam kepala saya, dan ada juga nama2 yang saya x tau langsung.. hehe.. atau nama tau, tapi orangnya tak kenal langsung or vice versa dan sebagainya.. dan minta maaf juga bagi sesiapa yang gambarnya tiada dalam ni, sebab saya tak cukup gambar.. Minta maaf atas penggunaan Bahasa Inggeris saya, saya yakin banyak Grammar Error yang telah saya buat.. hikhik.. Saya murid baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. :)"

*Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud,"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah Al-Hujurat,49 : 10)

*Minta maaf atas segala kekurangan dalam post ini, dan juga keseluruhan blog ni, dan sekali lagi, terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan episod yang seterusnya, PART 2 ;)*

{Sentiasalah SENYUM walau di mana jua anda berada ^_^}
Wallahu'alam... Wassalam...

3 comments:

seyra . said...

Sungguh. Sangat rindu akan TTS 10. Nice post.

Anonymous said...

nostalgia lama. nice (y)

Irfan Jaleel said...

syukran :) very nostalgic..