Friday, January 31, 2014

~> Jelajah Bumi Anime <~

Bismillahirrahmanirrahim...

 Me @ Tokyo Disneyland

Assalamualaikum sahabat2... Konichiwa :) kabare semuanya?? Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2014 dah.. Alhamdulillah, sehingga hari ni dapat lagi kita menghirup udara segar yang dikurniakan oleh Allah untuk terus menjalankan tugas kita sebagai hambaNya, juga untuk meneruskan kehidupan seharian kita di dunia ini. Andai Allah tarik nikmat yang kita sedang rasai ini secara tiba2, jantung yang sedang berdegup terhenti denyutannya, tidakkah kita rasa menyesal dan kecewa dengan banyaknya dosa kita, sedikitnya amalan kita, di dunia yang sementara ini, yang tujuannya hanyalah untuk menggapai redhaNya. So, say Alhamdulillah, Thank You Allah..

Rasanya sudah agak lama tak bukak blog ni, dah bersawang, berhabuk dah.. hehe.. so, time to update. Menaipnya aku di sini, ingin berkongsikan sebuah pengalaman yang sangat100X menarik dan terbaik serta hebat dalam sejarah hidup aku. Musafirnya aku ke negara timur atau lebih menarik lagi, negara Anime, iaitu Jepun bersama keluarga tercinta, banyak mendedahkan aku budaya dan kehidupan masyarakat di sana. Akhirnya, dapat juga aku kongsikan sedikit pengalaman ini setelah sebulan lebih pulang ke Malaysia, ada juga rezeki alhamdulillah. huaaahh...dah sebulan lebih baru dapat nak share...hiuhiu..


Bandar Tokyo


Slh satu tandas at Tokyo (tak ingat kat mana, tapi,, kawaiii!! (cute!!))

Tokyo, Jepun, tempat kami melawat, antara negara termaju dunia. Dan masyarakatnya juga mempamerkan gaya hidup yang jauh berbeza daripada masyarakat Malaysia. Sungguh, keterujaan aku menjejakkan kaki, melihat dan merasai keindahan ciptaan Allah di sana, sukar untuk diungkapkan dengan kata2. In sha Allah, akanku cuba untuk ringkaskan perjalanan kami memandangkan kami pergi selama 6 hari.


orang Jepun wedding


Japanese Islam, jual kebab - "ayam daging campur ok!"

Rasa sangat seronok bila kita dapat keluar negara, ke negara asing. Apalah salahnya, kalau ada rezeki lebih, bermusafir ke luar sana. Kerana bermusafir juga salah satu cara untuk kita tingkatkan keimanan kita kepada Allah. Bagaimana? Dengan melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung. Jangan biarkan percutian itu hanyalah sekadar percutian, tetapi juga sebagai medium untuk kita perbetulkan dan meng'upgrade'kan diri kita menjadi hambaNya yang patuh dan taat.

*************************************************


Van yg agak besar dan luas menyambut kedatangan kami dan mengangkut kami ke kediaman Nishi Azabu

Kami berada di sana pada 12/12/2013 - 19/12/2013, seminggu sebelum study week final exam sem 1 di USIM. Kami mula bertolak ke Tokyo dari LCCT pada hari Khamis 12/12/2013. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam. Tiada apa2 yang menarik sepanjang perjalanan dalam flight. Hanya bertemankan handphone dan juga keindahan pemandangan di luar kapal terbang. Setelah hampir 6 jam berlalu, lagi beberapa minit kapal terbang akan mendarat. Tiba2 kedengaran pengumuman mendarat oleh pramugari. Dengar2, antara isinya, suhu di Tokyo mencecah 5 degree Celcius. errrr... speechless. Masa tu waktu malam.


lapang kawasan ni..


at slh sbuah shopping complex

Beza waktu di Jepun cuma 1 jam sahaja. Contohnya, Malaysia pukul 2.00, Jepun pukul 3.00. Ni kalau ikut GMT zon Tokyo la. Kalau Malaysia, matahari mula naik jam 7.00 pagi, tapi di sana, lebih kurang pukul 6 baru matahari naik. Kalau waktu gelap pula, Jepun pukul 4.30 petang waktu sana, dah gelap dah..



ni train kat atas..


ni train bawah tanah..


ada gak nama tmpt SOGA kat sini ek.. hehe.. naik train ni boleh sampai tempat tinggal aku di Gunung SOGA, Batu Pahat, Johor..

Setelah tiba di Tokyo International Airport, kami terus ke tempat kediaman kami di Nishi-Azabu, Minato, Tokyo. Rumahnya agak sempit, tambah2 lagi kami tinggal di rumah tu seramai 11 orang, 2 keluarga. Tapi takde masalah bagi kami untuk hidup di situ, stok makanan pon banyak, cuma yang pastinya suhu hampir mencapai tahap beku. Kebetulan kami datang pada musim sejuk, tapi salji tak turun di Tokyo, hanya certain tempat sahaja.






pelajar Jepun... buat lawatan sambil belajar kot..


hmmm...tak ingat la nama tmpt ni...gomenasai..


me and my little bro Iman..

Di sini juga tidak tercemar asap2 di udara. Kawasan merokok telah disediakan di kebanyakan tempat, even dalam kawasan beli belah telah disediakan kawasan merokok yang bertutup.


kawasan berhenti untuk merokok..


lai lai lai.. askrem askrem.. dh mcm vending machine la pulak, msuk kan duit, askem jatuh ke bawah.. haha.. >_<


kat sana berlambak2 vending machine.. kat mana2 mesti jumpa..


These were my favourite food...especially that Seaweed...bagi 10 packet pon in sha Allah boleh habiskan sorang...hehe..


nak parking basikal kena bayar parking dulu yep..

Sepanjang 6 hari di sana, banyak tempat menarik yang kami pergi. Nikmatilah gambar yang tersedia ye.. hehe.. :P

~GUNUNG FUJI~


on the way ke Mount Fuji..








pemandangan dari atas Gunung Fuji.. ni baru kat kaki gunung je, tak daki tinggi lagi..


yeay~! dah sampai~..


First time dpt pegang salji pure @ Gunung Fuji.. ^_^


ni lagu Mount Fuji...nyanyi time otw nak ke sana..hewhew.. :3

Di Jepun, dari sudut pandangan Islam, budaya Islam di sana sangat2 dipraktikkan even yang bukan Islam pon turut melakukannya, seperti menjaga kebersihan - tiada sampah sarap langsung kelihatan di jalanan walaupon di tempat pejalan kaki, kalau bersepah pon, hanya daun2 kering je kelihatan, boleh dikatakan negara mereka sangat2 bersih; hormat-menghormati - masyarakat sana sangat menghormati orang lain, dan sangat sayang pada masyarakat mereka sendiri, mempunyai tatasusila dalam percakapan, juga perbuatan. Ada antara mereka meletakkan panggilan seperti -san (miss,Mr), -chan, -kun, -dono, -sama dan sebagainya (kalau yang selalu tengok Anime tu, tau la); dan berbagai-bagai lagi.


Masjid Tokyo, binaan Kerajaan Turki


Ruang solat Masjid Tokyo.. sempat terserempak dgn Imam Turki masjid ni..

Kebanyakan masyarakat di sana laju dalam berjalan kaki. Mereka sangat mementingkan masa. Kalau tengok di stesen keretapi mereka, keluar je dari komuter, terus laju berduyun2 pergi ke haluan masing2. Segala benda di sini sangat sistematik. No wonder la negara mereka antara negara termaju dunia. Bangunan semuanya tinggi2 belaka. Tandas pon terlalu maju compare dengan Malaysia, dan sangat bersih, tidak berbau. 




Tokyo Tower... mirip2 Eiffel Tower Paris









Ingat alang2 dah ke sini, nak juga melawat centre Anime, tempat yang ada banyak bahan Anime, tapi tiada dalam plan keluarga.. huhu.. kalau tak, dapatla tengok One Piece, Naruto, Bleach, Fairy Tail, Dragon Ball, Eye Shield, dan sebagainya.. hehehe.. satu ilmu baru aku dapat semasa dalam perjalanan ke Gunung Fuji. Seorang tourist guide, kami panggil dia Sanoko-san, bercerita sepanjang perjalanan. Salah satunya, semua sedia maklum, kartun Anime yang kita tengok, ada komiknya yang kita panggil komik Manga. Manga bermaksud spontaneous drawing. Manga dan juga Anime sangat terkenal di Jepun dan telah pon tersebar dan terkenal di seluruh dunia.




Robot GUNDAM...jyeah~!


This is BULLET TRAIN..


introducing, our tourist guide for the one whole day trip to Mount Fuji and several places, Sonoko-san, the red one..



Kos sara hidup di sana sangat tinggi, memandangkan penduduk di sana pon sangat ramai. Barang2 yang dijual termasuk makanan agak mahal. Mata wang di sana, 100 Yen = RM 3.28, berdasarkan Currency terkini. Di sini, penduduk tetap lebih ramai yang berjalan kaki daripada berkenderaan. Dan kebanyakan mereka juga menggunakan basikal daripada kenderaan bermotor. Malah, motosikal lebih sikit penggunanya daripada kereta. Teksi sana boleh dikatakan berwarna-warni, dan pemandu teksi sangat segak dengan pakaian mereka yang kemas berkemeja dan bertali leher.




naik bot..


ni tourist from Australia.. Her baby is very cute..


naik cable car.. sampai dah kat atas..


Subhanallah~ sangat cantik dan indah pemandangan sini..


atas tu tokong Buddha..





Benda yang paling jakun dan paling banyak aku buat sepanjang hari di sana ialah menghembuskan asap dari mulut. Maklumla, kat Malaysia mulut tak boleh nak keluar asap.. hehe.. lagipon, memang cita2 dari kecil lagi, nak mulut hembus asap dan pegang salji pure. Alhamdulillah, dua2 hasratku tercapai.. ngeh2.. ok, saje bagitau, tak penting.


~TOYOTA EXHIBITION~


Main game kereta jap..hehe..


This car is totally awesome..


very very very awesome..

~TOKYO DISNEYLAND~




Biodata Mickey Mouse di blkg.. Mickey lahir bulan November laa, same goes to me... hihi..


Statue of Walt Disney (kot) and Mickey..


Perarakan kartun2 Disney - Mickey, Minnie, Donald Duck, Goofy, Chip & Dale dan lain2..


Iman on Dumbo~!




'Queen of Hearts' of "Alice in Wonderland"


Gambar atas : Rumah Minnie Mouse; Kiri : Rumah Goofy; Kanan : Rumah Daisy Duck


kat rumah Goofy,,main tembak2 cat,dgn aku2 skali jadi budak kecik :)


Rumah Mickey Mouse..


Siap ada rumah Pluto kat dalam rumah Mickey...


bergambar dgn Mickey Mouse~!


ni plak Peter Pan & Wendy~! dah mcm muka anak patung dah aku tgk..


bandar disney..

Jadi, rasanya setakat ini sahaja perkongsian pengalaman ke Tokyo. Rasa rindu sangat2 nak ke sana lagi. Hope you enjoy. Contohi budaya masyarakat Jepun yang baik. Terima kasih atas masa yang diluangkan. Sayonara minna-san, arigatou gozaimashta, Assalamualaikum...


Lady Liberty @ Tokyo Japan..

5 comments:

syifa wahab said...

cutenya epan pakai scarf tu..hha beli x baju2 yg gempak kat sna? klu beli nt pakai arr aq nk tgk epan gempak..

Irfan Jaleel said...

cute????erk...meremang aku syewa...haha...aku x beli bju pon kat sne,xde apa nk pakai,so x gempak laa gitu...huhu..

zaharul asyraf said...

salam,
boleh tak post itinerary sepanjang 6 hari di tokyo. sertakan sekali perbelanjaan. Saya target bulan 2 2015 nak flight ke sana. harap dapat membantu.
terima kasin

EizMerah said...

Boleh tak nk minta itinerary tuan selama 6 hari di sana utk dijadikan panduan? Saya bercadang ke tokyo pd thn hdpn mungkin selama 8-10 hari bergantung pd bajet. Harap dpt emelkan ke alamat: lisa_eiza@yahoo.com. Terima kasih.

N said...

hi drop by at my website :D https://hashiramin.blogspot.my/2017/08/top-5-anime-yang-popular-korang-patut.html