Friday, May 17, 2013

~SELAMAT HARI GURU~

Bismillahirrahmanirrahim....

~Selamat Hari Guru~
 "Kalau tidak kerana GURU yang mengajarku, nescaya tidak aku kenali siapa Tuhanku."

Khamis, 16 Mei 2013, Muar, Johor - Semalam, aku telah pergi ke sekolahku, SMKA Maahad Muar, Johor untuk menghadiri satu majlis yang agak besar, majlis yang disambut untuk mengenang jasa guru iaitu majlis sambutan HARI GURU 2013 peringkat sekolah. Telah lebih kurang setahun lebih aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah sejak selepas mengambil keputusan SPM pada 22 Mac 2012, Khamis, tahun lepas. Sememangnya susah untuk digambarkan betapa rindunya aku pada guru-guru yang telah mengajar dan mendidik aku dahulu, betapa rindunya aku pada sahabat-sahabat seumur denganku yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis Hari Guru itu, betapa rindunya aku pada adik-adik junior di sana terutamanya yang rapat denganku. Begitu nostalgik sekali. 'Reunion' bersama sahabat seperjuanganku di sekolah, keluar makan bersama2, beramai2, masuk ke dalam dewan besar SMKA Maahad Muar sebagai tetamu dan pelengkap majlis (since kami terlibat dengan salah satu part event, penyampaian hadiah kenang-kenangan kepada pihak sekolah sempena Hari Guru 2013 daripada kami, SPM Batch 2011, hadiah berupa sebilah pedang dan juga kek). Tetapi aku berasa cukup sedih juga kerana tidak sempat berjumpa dengan semua guru, adik2 junior, dan sahabat2 aku sendiri, tak dapat berbual dengan lebih lama untuk melepaskan kerinduan disebabkan kekangan masa yang kuhadapi. Tapi tidak mengapa, sudah terlepas sedikit kerinduanku, sekurang-kurangnya dapatlah aku menjejakkan kaki dan berjumpa dengan sahabat2 lama dan juga guru2, tapi sedih tetap sedih, rindu tetap rindu :'( . Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kami peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke sekolah dan bersama2 meraikan majlis. Turut berterima kasih kepada sahabat2 yang bertungkus-lumus untuk mengumpulkan semula rakan2 yang telah terpisah dan bekerjasama menjayakan majlis di sekolah. Aku berasa sangat gembira bertemu kalian semua. Tetapi tidak semua yang ada, menghadapi peperiksaan di kampus masing2 dan belajar jauh2 seperti di Mesir barangkali.

Tapi, tujuan aku menaip post ini lebih kepada penghargaan kepada guru2 yang telah berhempas-pulas mengajar anak didiknya dengan ilmu2 yang bermanfaat, tidak kira samada ilmu duniawi mahupun ilmu ukhrawi, sehingga kami berjaya ke menara gading. Di kesempatan ini, aku teringin sekali mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di semua sekolah yang ada di seluruh Malaysia ini. Dan dedikasi ini juga sangat2 kutujukan kepada semua guru yang pernah mengajarku di semua tempat kubelajar :-

1- Tadika Al-Wahidah, Ipoh, Perak. (1999)
2- Tadika dan Taska Al-Huda, Ipoh, Perak. (2000)
3- Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) Ipoh, Perak. (2001)
4- SRK Pengkalan, Lahat, Perak. (2002)
5- Sekolah agama di Taman Pinji Mewah (tmpt tinggal lama), Lahat, Perak. (2002)
6- SRK Limpoon (1), Jalan Lim Yew Leong, Batu Pahat, Johor. (2002 - 2006)
7- Sekolah Agama Kenangan Dato' Onn, Batu Pahat, Johor. (2002 - 2006)
8- SMKA Maahad Muar, Muar, Johor. (2007 - 2011)
9- Kem PLKN Desaru Gerakhas, Kota Tinggi, Johor. (3/1/2012 - 17/3/2012)
10- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. (2012 - sekarang)

~Happy Teachers' Day~

~"Ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua guru yang pernah mengajar saya tidak kira samada sedikit ataupun banyak. Jasamu akan sentiasa dikenang dan tersemat dalam hati dan jiwa di dalam insan yang bergelar pelajar ini. Seseorang itu bergelar guru walaupun dia mengajar orang hanya satu huruf. Oleh yang demikian senantiasalah hormat semua orang kerana kadang kala orang yang di sekelilingi kita akan mengajar kita secara tidak langsung dan kita juga diajar dan terpelajar secara tidak langsung. Perumpamaan seorang guru itu bagaikan sebatang lilin yang menerangi keadaan yang gelap gelita. Ilmu yang dicurahkan ibarat cahaya yang menerangi kegelapan jahil dalam diri seseorang. Maka, beruntunglah kamu wahai insan yang bergelar guru. Selagi mana ilmu yang dicurahkan itu diamalkan dan disebar-sebarkan, selagi itulah pahalanya akan berterusan walaupun setelah mengalami kematian, In sya Allah..


Saya ingin juga mengucapkan TERIMA KASIH dan SELAMAT HARI GURU kepada kedua-dua ibu ayah saya yang sememangnya juga seorang guru, malah guru yang pertama untuk saya sejak saya dilahirkan di dunia ini. Ibu bapalah yang telah banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar, mengajar kita untuk bercakap, mengajar kita untuk bertatih, mengajar kita untuk membaca dan sebagainya sehinggalah umur kita mencecah tahap kelayakan ke alam pembelajaran di luar rumah seperti tadika, sekolah, universiti dan lain-lain. Ibu bapa ialah guru yang pertama manakala guru-guru di sekolah merupakan ibu bapa yang kedua. Belajarlah daripada mereka yang telah berpengalaman dan alamilah sendiri pengalaman-pengalaman yang bakal mendatang kerana pengalamanlah yang mematangkan hidup kita. Jadilah insan yang berguna seperti seorang guru yang telah berjasa kepada masyarakat dengan mengajar, menyebar, dan berkongsikan segala ilmu yang ada. Sesungguhnya 'Ilmu itu Pelita Hidup'."~

Setakat itu sahaja daripada diriku yang daif, lagi banyak kelemahan diri. Terima kasih dan minta maaf kepada semua guru yang telah mengajar diri ini, yang telah banyak melakukan kesilapan, dan semoga kesilapan-kesilapan yang lalu dapat membetulkan diri dan dapat memperbaiki diri yang tak seberapa ini. Semoga kita semua sentiasa mendapat keampunan daripada Allah s.w.t. dan sentiasa berada di bawah limpah rahmat, berkat dan redhaNya, terutamanya insan yang bergelar guru, In sya Allah.. Wallahu'alam. Dengan kerendahan diri, inginku mengundur diri dengan ucapan, Assalamualaikum... :)

No comments: