Sunday, August 4, 2013

~My Life in USIM as Tamhidian~ (PART 2)

Bismillahirrahmanirrahim...


~Salam Ramadhan Kareem~

Assalamualaikum sahabat sekalian.. :) Apa khabar? Harapnya semua masih diberikan nikmat kesihatan dalam bulan puasa yang penuh barakah ini, dan sentiasa berada di bawah limpah rahmat dan redhaNya in sya Allah. Ahlan Wasahlan ya Ramadhan~!! Alhamdulillah, rasa bersyukur yang tidak terhingga kerana masih lagi kita dipertemukan dengan bulan tarbiyah, bulan Ramadhan kali ini. Perbanyakkanlah membuat amal ibadah, kebajikan, banyakkan berselawat dan hidupkanlah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. sentiasalah memohon keampunan kepada Allah s.w.t. dalam bulan ini, moga2 dosa2 kita diampunkan oleh Allah, dan sentiasa berada dalam limpah kurnia, rahmat dan redhaNya, in sya Allah, sama2 kita amalkan.. Berpuasalah dengan rasa penuh keimanan dan ketaqwaan atau kita hanya akan dapat lapar dan dahaga seperti hadis nabi s.a.w. yang bermaksud;

"Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi tidak mendapat apa2 kecuali lapar dan dahaga."
(H.R. Bukhari & Muslim)

Maksudnya di sini, kita berpuasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi kita juga mestilah memelihara mulut kita daripada mengeluarkan kata2 yang tidak baik seperti mengumpat, mencaci, maki hamun, menghina, dan yang sewaktu dengannya. Oleh itu, sama2lah kita tarbiyahkan diri kita menjadi insan yang benar2 mengabdikan diri kpd Allah s.w.t dalam bulan yang mulia ini sementara iblis dan syaitan masih lagi dibelenggu. Dan selamat menunaikan solat sunat terawih~! :) In sya Allah...





"Wahai orang2 yg beriman! Makanlah benda2 yg baik (yg halal) yg telah kami berikan kepada kamu, dan berSYUKURlah kamu kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."
(Surah Al-Baqarah,2 : 172)

*************************************

Pada 5 Jun 2013 yang lepas, keputusan peperiksaan akhir semester 2 Tamhidi sesi 2012/2013 telah pun dikeluarkan. Seperti yang aku jangkakan pada awal semester 2, semester kali ni pasti ramai yg score dan ada peningkatan, ada yang peningkatannya cukup drastik drpd sem 1. Alhamdulillah, atas usaha, doa dan tawakal masing2 yang cukup hebat, sememangnya mereka berhak mendapat keputusan yg sebegitu. Dan alhamdulillah, aku juga berpuas hati dgn keputusan yg telah aku peroleh, sangat2 bersyukur. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, janganlah bersedih, Allah telah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk kamu pd masa akan datang, in sya Allah, hanya perlu teruskan usaha dan doa, serta lahirkan rasa syukur atas segala yang diperoleh.. :) 

Seperti yang dijanjikan dalam post yg lepas, '~A Life in USIM as Tamhidian~ (PART 1)', teringin untuk aku menyambung semula kisahku di Tamhidi pada semester 2 dalam Part 2 pula. Alhamdulillah, masih ada rezeki, masih lagi diberi peluang oleh Allah, sampai juga masa untukku meluangkan masa membuat ini.. huhu.. Actually dah x berapa ingat sangat 'timeline' start masuk smula utk sem 2 sampai balik Johor lepas habis final specifically, but I'll try to remember a lot in sya Allah.. Enjoy my story~!! :)

******************************************

"Dan barangsiapa yg berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri.
Sesungguhnya Allah benar2 Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semester alam."
(Surah Al-'Ankabut, 29 : 6)

Tamhidi sesi 2012/2013 semester ke 2 bermula pada hari Isnin 26/11/2012. Aku telah pulang ke KKNC pada hari Sabtu petang, 24/11/2013. Alhamdulillah, selamat sampai, menaiki kereta dipandu oleh atuk.. dan aku penghuni G-2-5 yg pertama sampai ke rumah.. hehe.. kemudian diikuti Bukhari dan seterus2nya. Hari Isnin, 26/11/2012, kami semua ke kampus untuk hari yang pertama dalam sem 2. Hari pertama ni xde la nak buat apa sangat, cuma nak tengok2 jadual, kelas tutor dan sebagainya. Dengar cite ada rombakan kelas. Aku pun menuju ke bangunan tamhidi lama untuk tengok senarai nama. Sah! Nama aku pun habis dirombaknya. Drpd nama Mohamad Hannan Bin Mohamad Noor hinggalah ke atas, nama Siti Sarah binti Wan Amil Abas, seramai 9 orang ahli TTS 10 dipindahkan ke TTS 9. Agak terkesima seketika, mula2 aku berasa agak sedih, sebab akan terpisah dgn sahabat2 TTS10 yg rasanya cukup erat hubungan persahabatan antara kami semua, tapi bila fikir2 kejap, xpelah, berkenalan je la dgn kawan2 baru.. huhu.. (x kenal semua lagi budak KTS 3).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Pada hari keesokan harinya (kot), barulah kami semua mula belajar. Semua subjek berwajah baru, pelajar2 tamhidi pon semua berwajah baru, berwajah sem 2. Subjek 'Quranic and Hadith on Science' ditukarkan kpd subjek 'ICT Skill'. Saat demi saat, minit demi minit, tibalah waktu belajar. Sebenarnya xde la belajar sangat,cuma lebih kepada taaruf sahaja. Dipendekkan sedikit kisahnya, kami telah pon berada dalam kelas English Madam Afiedah, lebih kurang jam 12 p.m.. Madam Afiedah meminta kami untuk sediakan secebis kertas untuk buat undian siapa yang akan jadi ketua dan penolong ketua tutor. Masing2 memilih pilihan hati masing2. Kemudian kertas itu diserahkan kepada madam dan undiannya dikira. So, keputusannya ialah, ketua Mohamad Hannan Bin Mohamad Noor dan penolongnya Nurul Syifa' Bt Abdul Wahab. Tahniah untuk anda berdua. Alhamdulillah semuanya setuju dan kami habis kelas awal.


Pada awal2 sem 2 ni, kelas TTS 9 agak senyap, ditambah pula dengan kehadiran kami ex-TTS 10 yg berwajah baru di kelas mereka, lagi bertambah senyap pula jadinya. Hannan yang happening2 tu pon habis senyap dibuatnya.. hehe.. Sedikit demi sedikit dalam kelas mula ada bunyi, start dari kelas tutorial Chemistry, soal jawab Madam Latipah dgn kami. Dan lama kelamaan, alhamdulillah, kami sikit2 mula sebati dengan adunan yg cukup mmmmm... hingga menjilat jari, ditambah lagi dgn perisa budak2 yg talkative, kelas menjadi lebih riang dan ria.. haha.. rasa sangat seronok berada dalam kelas TTS 9 ni. Kami yang baru ni semakin dapat menyesuaikan diri dalam suasana yg baru (xde la baru sngt) bersama rakan2 yg baru. Hari demi hari, minggu demi minggu, kami menjadi semakin erat, ukhuwah antara kami menjadi semakin kukuh dan teguh sepertimana terjalinnya ukhuwah kami di TTS 10 suatu ketika dahulu.. wuwuwu.. sedih pulak rasanya nak kenangkan semua tu balik.. 


***********************************************


Pada suatu hari, yang dah tak ingat hari dan tarikhnya, kami student KTS 3 bersama2 di dalam DKP 1 di Pusat Tamhidi. Selepas tamat sebuah lecture, tak ingat juga lecture apa, kami ada sedikit masa kosong sementara menunggu lecture seterusnya, lecture Physics. Pada waktu ini, ketua kuliah kami, Muhammad Zhafarin Firdaus Bin Zulkefly, turun ke hadapan dewan kuliah untuk memberikan sedikit kata2. Kusangkakan ucapan, rupanya perletakan jawatan. Ramai juga yang tidak bersetuju dgn Zhafarin, kekalkan je, tak payah susah2 nak tukar, tapi Zhafarin tetap nak tukar juga atas alasan tertentu. Akhirnya kami akur juga kehendaknya. Kemudian dia meminta berikan cadangan bagi pelantikan ketua kuliah yang baru. Cadangan demi cadangan dilontarkan, undian dibuat, akhirnya terputus juga kata sepakat. Ketua kuliah KTS 3 sesi 2012/2013 yang baru ialah Muhammad Arif Ilmam Bin Mohd Radzi. Sejurus tamatnya kata2 daripada Zhafarin, penolong ketua KTS 3 pula yang ke hadapan, Nurfatmah Nabilah Bt Kamarulzaman. Katanya, dia juga ingin letak jawatan. Seperti biasa ramai tak bersetuju. Tapi dia tetap juga dgn pendiriannya dan kemukakan alasan yg aku kira cukup relevan. Akhirnya ditukar juga. Cadangan dilontarkan dan undian dilakukan, akhirnya, keputusan bagi penolong ketua KTS 3 yang baru ialah Tengku Nur Adrina Bt Tengku Kamarol Aznam. Kedua2nya sangat berkaliber, mempunyai pengaruh yang tinggi dalam kalangan rakan2 mereka, dan sangat berwibawa. Tahniah diucapkan kpd para pemenang.. :P


Pada semester 2 ini, tazkirah pagi sebelum kuliah alhamdulillah dapat dijalankan seperti sem 1 yg lepas, tapi kali ni, seminggu 2 kali, 1 hari muslimin, 1 hari muslimat. Unlike semester 1, tazkirah hanya muslimin je. Sem 2 ni, memang muslimat sngt menonjol dan apalah kurangnya mereka dalam berkata2 berkongsikan ilmu.

**********************************************


Pada 17, 18 dan 19 Disember 2012 yang lepas, Pusat Tamhidi telah mengadakan program 'Selangkah ke USIM'. 2 buah sekolah telah terpilih untuk sertai program ini iaitu SMK Bandar Baru Salak Tinggi dan Maahad Tahfiz Pahang. Beberapa pelajar tamhidi daripada setiap program tamhidi telah dipilih untuk turut serta dalam program ini sebagai 'Buddies' kepada peserta program. Kira macam nak promote USIM la kat deme ni.. Sangat seronok bersama mereka~! Bawah ni antara gambar2 yg diambil sepanjang program :-


<< Isnin, 17 Disember 2012 >>



Ketibaan pelajar2 dari Maahad Tahfiz Pahang dan SMK Bandar Baru Salak Tinggi..



 Para Buddies Muslimin..

 Para Buddies Muslimat..





 Kena kutip 5 ekor semut..

 Pembentangan Pulau Impian..



<< Selasa, 18 Disember 2012 >>


~Lawatan ke kampus Pandan Indah : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian~




















Fuh, syle bak hang~!


Tempat buat gigi palsu..





Aku & Muaz..

 ~Aktiviti malam~





 Kotak beracun..



 Ni la mastermind dia.. Rahim..

 Habis bdk ni kau kerjakn Rahim, kesian dia.. haha..

~Malam Muhasabah~
-Wakil sorg pelajar muslimin bgi ucapan-


 -Wakil pelajar muslimat-

 ~Ucapan Pengarah program 'Selangkah ke USIM' (Wakil Buddies Muslimin)~

~Wakil Buddies muslimat

<< Rabu, 19 Disember 2012 >>


Majlis Penutup program 'Selangkah ke USIM'


 Baru habis majlis.. *serabut sikit gambar ni..

 Muaz & his mentee

~Buddies & Mentees~
********************************************

Pada awal sem 2 ini juga, Majlis Pimpinan Tamhidi (MPT) telah mengadakan beberapa mesyuarat. Dalam mesyuarat2 ini, kami membincangkan tentang pertukaran nama MPT tersebut kepada 1 nama yang telah dicadangkan oleh saudara Afiq Farhan, bekas presiden Tamhidi sesi 2011/2012. Alhamdulillah, kami semua telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan nama MPT itu telah ditukarkan dengan Sekretariat Pimpinan Tamhidi (SPT).


~Logo Sekretariat Pimpinan Tamhidi (SPT)~

Dalam mesyuarat2 ini juga, kami telah membincangkan tentang penambahan jawatan iaitu exco. 6 exco telah berjaya kami putuskan sebagai hasil perbincangan kami ini. 6 exco tersebut ialah exco sukan, kerohanian, multimedia, teknikal, publisiti dan kebajikan. Ada 1 lagi organisasi telah tertubuh iaitu Skuad Amilin SPMM (SAS), tetapi organisasi ini di bawah kelolaan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM. Mereka juga turut membantu kami SPT dan juga pihak JAKSA. Tahniah diucapkan buat anda semua~!



~Carta Organisasi SPT~

********************************************

Tanggal 18 Januari 2013 (Jumaat), Majlis Anugerah Pengarah Pusat Tamhidi Sesi 2012/2013 telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Pusat Tamhidi yang telah mendapat keputusan cemerlang untuk semester I  bagi sesi 2012/2013 iaitu PNGK 3.6 dan keatas dan memperoleh status Anugerah Pengarah Pusat Tamhidi. Seramai 120 orang pelajar Pusat Tamhidi telah memperoleh keputusan PNGK 3.6 dan ke atas yang terdiri daripada pelajar-pelajar bagi 5 program Tamhidi iaitu Tamhidi Perubatan (60 orang pelajar), Tamhidi Pergigian (35 orang pelajar), Tamhidi Sains dan Teknologi (6 orang pelajar), Tamhidi Syariah  Undang-undang (6 orang pelajar) dan Tamhidi Perakaunan Muamalat (13 orang pelajar). Tahniah diucapkan kepada pemegang anugerah. 




*********************************************


Pada 23, 24 dan 25 Januari 2013, Rabu Khamis dan Jumaat, semua pelajar Tamhidi menghadapi Peperiksaan Pertengahan Semester. Alhamdulillah, kami berjaya mengharungi rintangan ini dengan jayanya. Selepas tamat peperiksaan ini, kami pelajar2 tamhidi dibenarkan bercuti selama seminggu sempena cuti pertengahan semester. Sememangnya sangat lega apabila cuti selepas habis periksa. 


Setelah seminggu masa berlalu, aku pulang ke KKNC pada hari Sabtu 2/2/2013. Pada esok harinya, Ahad 3/2/2013, aku bersama beberapa orang rakanku telah menghadiri 1 program yang diadakan di kampus USIM, di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP 1) di Amphiteater. Penglibatan peserta bagi program ini adalah terbuka kepada mana2 pelajar IPT yg mahu menyertainya. Program tersebut ialah Konvensyen Pendakwah Muda IPT Asean 2013. Mahasiswa dari Indonesia dan Singapura juga turut sertai program ini memandangkan program ini melibatkan 'IPT Asean' berdasarkan namanya. 




Antara para jemputannya ialah Ustaz Akmal Salim dari Indonesia, Haji Adnan dari Singapura, Prof. Dr. Abu Hassan dan lain2. Bicara Selebriti pula melibatkan beberapa artis jemputan iaitu Sham Kamikaze, Naib Johan Imam Muda Musim ke-3 Imam Muda Hafiz dan juga Ana Rafalli. Alhamdulillah, banyak input yg kami dapat sepanjang program ini.


Bicara Selebriti - Dari kiri : Sham Kamikaze, Imam Muda Hafiz, dan Ana Rafalli

*Terjumpa kawan2 sekelas dulu :)

******************************************

Pada 9/2/2013 dan 10/2/2013 (cuti raya cina), hari Sabtu dan Ahad, 1 program sukan peringkat Tamhidi iaitu Tamhidi Sport's Carnival (TASCA) yang dikendalikan oleh SPT dengan kerjasama JAKSA, telah dijalankan di Pavilion USIM, Pusat Komersial dan di padang berdekatan dgn bangunan baru Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan iaitu bola jaring, bola tampar, sepak takraw, futsal, bola sepak, ping pong, badminton dan catur. 

 ~TASCA~


Badminton..

Badminton players..

100% penyertaan daripada kelima-lima program Tamhidi untuk kesemua sukan. Tamhidi Medic dan Dentistry, mereka dikehendaki untuk bergabung kerana bilangan pelajarnya kurang. Perlawanan agak sengit dalam semua acara sukan antara Tamhidi ini. Selama 2 hari perlawanan berlangsung kecuali badminton atas sebab masa yang tidak mencukupi untuk habis dalam masa 2 hari itu, lalu perlawanan yang berbaki dianjakkan ke hari Selasa 12/2/2013. Keputusannya agak lama dihebahkan, tapi alhamdulillah berjaya diumumkan iaitu pada hari Isnin malam 1/4/2013 dalam 1 majlis iaitu Majlis Anugerah Tamhidi.


~Ucapan Presiden SPT~

Para jemputan..

Pengerusi Majlis Anugerah Tamhidi,, dua2 dari KTS 3, memang sempoi~

Johan keseluruhan bagi kategori muslimin Sukan Tamhidi TASCA ialah Tamhidi Perakaunan dan Johan keseluruhan bagi kategori muslimat ialah Tamhidi MeD (Medic & Dentistry).


*Gambar hanya sekadar hiasan.. hehe..

Majlis Anugerah Tamhidi tersebut bertemakan arab. Majlis itu bukan sahaja untuk penyampaian hadiah TASCA, tetapi ada juga untuk anugerah yang lain seperti Anugerah pelajar paling cemerlang dari setiap Tamhidi, pelajar paling komitmen, Anugerah pakaian paling mengikut tema dan banyak lagi. Persembahan qasidah, persembahan tilawah dan cabutan bertuah juga ada. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah kepada semua penerima anugerah, anda semua memang layak mendapat anugerah2 itu. :) Tamatnya majlis anugerah Tamhidi ini, terlepaslah sudah jawatan2 dan tanggungjawab kami dalam Sekretariat Pimpinan Tamhidi secara rasminya. Tahniah juga buat semua sahabat2 pimpinan Tamhidi kerana berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna. :)


Persembahan qasidah oleh pelajar Tamhidi Medic..


~SPT~ 


****************************************

Pada 16/2/2013, hari Sabtu, Majlis Makan Malam SAS telah diadakan di KKNC berdekatan dengan bilik dobi bagi meraikan ahli Skuad Amilin SPMM (SAS) yang drpd kalangan pelajar Tamhidi. Majlis dimulakan dengan pembuka majlis Ummul Kitab, diteruskan lagi dengan ucapan Pengerusi SPMM, bacaan doa dan makan. Hidangan yang disediakan ialah nasi goreng, BBQ dan air teh bunga. Makan dalam dulang beramai2 mengikut sunnah. Alhamdulillah~~~



 ~BBQ~

Hassang kenapa hassang??? hehe..


****************************************

Sabtu, 2/3/2013 - Sep2 TTS 10 rancang nak buat trip ke Port Dickson. Dalam perancangan mereka, mereka nak ex-TTS 10 turut serta dalam trip ni. Mula2 aku rasa agak complicated sikit sama ada nak pergi atau tak ke trip ni sbb aku ada komitmen lain lagi sebelum mereka mengajak aku. Tetapi akhirnya aku telah putuskan untuk pergi juga memandangkan pengerusi trip ni, Farid (ketua TTS 10) dan rakan serumah dia dan aku, Hannan, dah tetapkan aku sebagai driver dorg. Jadinya, terima kasih kepada Arif Ramli kerana telah memberi kebenaran kepadaku untuk memandu Epel Manisnya yang tercinta utk ke sana.. huhu.. sebanyak empat buah kereta sebagai kenderaan utk ke PD dengan drivernya drpd kalangan kami juga. Belum pergi dah rasa bahang keseronokannya.. YAY~!! 


Pagi Sabtu tu, barang2 semua telah disumbatkan ke dalam kereta dan mula bertolak lebih kurang jam 9 lebih gitu laa.. Setelah beberapa jam perjalanan, alhamdulillah akhirnya sampailah juga kami di PD lebih krg jam 12 tgh hari, setelah bertahan dalam Epel Manis yg dlm keadaan kekurangan minyak petroleum yg kritikal, tetapi Hannan dgn yakinnya cuba menenangkan keadaan.... "Releks je, sempat sampai in sya Allah." "Nanti kete benti ni nanti mcm mana nan, minyak dah kosong, dah la highway ni padang jarak padang terkukur, panas kering keliling sume, xde station minyak pulak.." "Lek je, in sya Allah x brhenti, sempat sampai punya ni..." Dari mana entah dia dapat ketenangan yg extreme tu di saat rakan2nya mngalami sdikit kegelisahan.. haha.. geli hati pulak bila ingat balik. Alhamdulillah dgn bantuan Allah, kami selamat sampai ke destinasi dan terus isi minyak kereta.



Jumaat, sehari sebelum pergi..

Kami semua siap2 keluarkan brg dari kereta, bentang tikar, sediakan tempat masak, tempat BBQ,,, seronoknya~ duduk tepi pantai pulak tu, dgn angin pantai yg menderu, ketenangan menggamit kalbu, sambil2 menghayati suasana keliling ciptaan tuhanku, sungguh nyaman suasananya. 



Driver2 yg pro~


Cantik pemandangan kat pantai ni






Setelah siap semuanya, kami makan skjap, lps tu solat dan terus mandi manda di laut. Dah agak lama mandi, kami naik ke darat dan terus ke tempat BBQ. Makan2 sikit kemudian ke laut semula. Waktu petang, mcm2 aktiviti kami buat, naik banana boat.. fuh.. 1st time, best~! teroka alam hidup ketam2 yg ada kat pantai, sambil relatekan dengan Bio, buat istana pasir, pastu majlis menimbus Hannan dgn tanah menjadi Istana Pasir Hannan di tengah pantai bawah panas terik sampai muscle cramp (haha.. kesian Hannan..sori bnyk plak cite pasal kau hehe..), dan lain2. tup tap tup tap, dah pukul 6 ptg. Kami bersiap2, kemas apa yg patut, buang apa yg patut, bilas badan salin baju dan kemudian terus pulang ke KKNC. Solat maghrib setelah masuk waktu dan sampai ke destinasi jam 9 mlm.



Prepare arang..


Naik banana boat.. ahai, mcm2 betul2 la dorg ni, kreatif sngt.. haha..


Seronok tak terkata.. best sngt~!

 
BBQ~!!!



Lelaki TTS 10 & ex..



Buat Istana Pasir.. xdela jadik sngt, tapi not bad la, suka2 je kan..

Mula menimbus Hannan dgn tanah..

Hannan kepanasan..

 Istana Pasir Hannan siap dibina~!!!!!

Peeaaaccceee~!!! *kitorg dh nk balik dh..

Kereta2 legend..
*****************************************


~Dynasty Hotel Kuala Lumpur~

Pada hari Sabtu 9/3/2013, grup lecture KTS 3 telah mengadakan satu majlis makan malam 'A Night To Remember' bersama Pengarah Tamhidi Dr. Norlida bt Basir dan juga lecturer2 KTS 3 yg diadakan di Dynasty Hotel Kuala Lumpur (hotel 4 bintang tu..). AJK2 majlis ini di bawah arahan pengarahnya, Arif Ilmam, semuanya bertungkus lumus dalam menjayakan makan malam ini dengan gilang-gemilangnya. AJK2 mula bergerak lebih awal drpd yg lain. Aku sbgai driver, bersama beberapa AJK lelaki yg lain dan AJK perempuan yg menaiki kereta Vios mula gerak lbih krg jam 3.15 petang. Dalam perjalanan di jalan raya KL yg sangat sibuk, akhirnya alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi dgn bantuan Azry Hadi sebagai pandu arah aku pd jam lebih krg 4.15 ptg. Selepas park kereta (Epel Manis jadi mangsa lagi..hehe..), kami mengeluarkan semua barang dan bawa dahulu ke hall hotel tmpt makan malam nnti diadakan di tingkat 5. Nampak gah suasananya, meja2 telah disusun, backdrop telah siap dihias, tinggal mic je xde lagi. Actually malam tu nanti aku akan menjadi Pengerusi Majlis yg formal a.k.a MC formal bersama dgn partner aku, Anith Farhana. Entah mcm mana entah aku tiba2 dipilih jadi MC ni, padahal seumur hidup aku x prnh pon jadi MC.. haha.. lain la Anith Farhana tu, yg lebih berpengalaman dan mempunyai suara serak2 basah dan besar yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yg mendengar dia berkata2.. hehe.. tapi xpe la, benda menjadi pengalaman pertama aku dan aku tetap terima keputusan mereka yg dah bersusah payah pilih aku.. ^_^ Kemudian lebih krg jam 4.45 ptg, aku bersama2 beberapa AJK pergi ke sebuah bilik di tingkat 17 klu x silap yg dah ditempah utk kami menyalin pakaian. Fuh, apa lagi, lanyak la katil dia.. haha.. kami rehat sbntar melepaskan penat di atas katil yg empuk brwarna putih bersih itu.


~A Night to Remember~


Kedatangan VVIP..

Hujan renyai2 mula turun membasahi bumi KL pada jam 5.30 ptg. Ketika itu, kami setting2 apa yg patut, buat last training dan sebagainya. Pukul 7 malam, rakan2 KTS 3 yg lain telah pun sampai ke Dynasty Hotel. Kami bersiap2 dengan berpakaian yg bertemakan English, solat maghrib dan terus ke hall dinner. Majlis bermula pada jam 8 malam mengikut tentatif. Aku dan Anith telah pun bersedia di rostrum di atas pentas, ready to announce the arrival of Tamhidi Director and lecturers of KTS 3 Semester 2. Setelah semuanya telah hadir, majlis terus bermula dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran yg diperdengarkan oleh Qari Mohamad Hannan Bin Mohamad Noor dan terjemahannya oleh Muhammad Farid Bin Abd Rahman. Majlis diteruskan dgn sesi potong kek. Pengarah dan lecturer2 diminta utk naik ke atas pentas. Time ni, ada sorg waiter maklumkn pada aku bhwa ada sorg student patah kaki. Haa.. seperti yg dirancang, akan berlakunya gimik majlis. Aku kononnya turun pentas dan maklumkan pd mastermind majlis, Mohd Saiful Iman, kononnya kena berlakon la, dan Iman terus naik ke pentas utk maklumkn perkara tersebut. Nampak la sikit keresahan sdg berlaku. Tiba2, ketua KTS 3, Arif Ilmam, keluar bawakan kotak kek utk diletakkan di atas meja di pentas. Ketika nak naik tangga, tiba2 dia kononnya terjatuh disbbkan kakinya yg patah dan kotak kek tu pon jatuh (xde kek pon dlm tu, gimik la katakan). Actually Arif Ilmam baru je patah kakinya ketika sedang bermain bola di KKNC, Dr. Norlida dan lecturer2 telah pun maklum dgn kes ni, tapi time majlis tu, dia dah ok sikit. Majlis bertambah lgi sikit kegelisahan lagi2 lecturer yg kat atas pentas. Aku ada terdengar Dr. Norlida cakap something," Ni gimik ke apa ni, jgn la sampai mcm ni," sambil mukanya menampakkn sedikit resah gelisahnya.. hehe.. Arif dibantu utk bangun dan di bawa turun pentas. Selepas itu, kek yg sebenar2nya telah dibawa masuk oleh Nurfatmah Nabilah ke atas pentas.








 Bacaan Al-Quran oleh Hannan dan terjemahannya oleh Farid..





Ucapan Pengarah Tamhidi, Dr. Nurlida bt Basir

 Ucapan Ketua KTS 3, Muhammad Arif Ilmam Bin Mohd Radzi


Dari kiri : Madam Faaizatul, Madam Shikin, suami dan anak2 Annur & Izdihar..


~Majlis potong kek (baru je lepas gimik)~


nyam.. nyam..


Uuuish.. sedapnya puding ni..

Majlis diteruskan dgn pelbagai lagi agenda, antaranya nasyid, makan2, lakonan dan penyampaian anugerah kepada semua pelajar KTS 3. Untuk agenda2 ini, MC formal ditukar dgn MC informal, yg sempoi2. Penyampaian Anugerah kpd pelajar KTS 3 ni dibuat selang2 dgn persembahan lain. Anugerah2 ni la yg paling menarik perhatian.. huhu.. semua orang dapat 'Anugerah Paling...............',,, ada 21 anugerah. Anugerah2 tersebut ialah :


Anugerah Paling ........::-
1- Fashionista
2- Sopan
3- Serius
4- Lipas Kudung
5- Lawak
6- Dedikasi
7- Role Model
8- Handsome
9-Kreatif
10- Cute
11- Penyayang
12- Nerd
13- Pemurah
14- Sporting
15- Ceria
16- Pendiam
17- Kepoh
18- Smart
19- Rajin
20- Charming
21- Sempoi

Fuh, banyak jugak, dan ada 1 lagi anugerah iaitu Anugerah Special. Anugerah Special ini telah dipegang oleh Afiq Faisal kerana TTS 13 jumlahnya 22 orang, TTS yg lain jumlahnya 21 orang, so terlebih sorg la. Majlis berakhir dengan ucapan2. Then bergambar beramai2 mengikut kelas tutorial dan satu kuliah, dan sendiri2, dan pulang ke KKNC pd jam 12 tgh malam. Satu malam yg begitu meriah dan nostalgik. Sangat2 seronok~~ Agak2 bila lagi nak berkumpul bersama2 mcm ni lagi masa akan datang ni... hmmmm...

"Pantas masa berlalu, meninggalkan kita semua,
Tanpa disedari, bertambahlah usia kita....lalalalalala~~" :)





~Nasyid~


~Sajak (ni dia, penyajak terbaik KTS 3.. hehe..)~


~Duet (Arif Ilmam & Saiful Iman,, lagu : Sonata Musim Salju by Hazami (miming je dorg ni.. hukhuk.. hakikatnya suara mmg lunak)


~Lakonan Terbaik dipersembahkan oleh TTS 13~


~Pelakon terbaik dari ladang, Mohd Saiful Iman Bin Nor Mohd Zulkarnain (serius, nangis bai gua tgk ini lakonan.. wuwuwu..)


Ha, ni dia penerima2 anugerah bintang popular.. macho2 semuanya..


~With one of my best friends, Muhamad Ilman Bin Mohd Ali Hanafiah (Lemey.. dpt anugerah paling hensem tu..)~

~TTS 9~


~TTS 1o~


~TTS 11~


~TTS 12~


~TTS 13~


~Wira-wira, teruna-teruna KTS 3~


Rakan-rakan seperjuangan KTS 3.. I will miss all of you.. Thank you for all these memories.. Harap persahabatan kita akan kekal hingga ke syurga, in sya Allah..

****************************************

Sepanjang aku berada dalam kelas tutorial TTS 9, macam2 pengalaman yg telah aku lalui. Sepanjang hari kami bersama, ada hari yg gembira, ada hari yg sedih, ada hari yg dimarah (ditegur), dan lain2 lagi. Tetapi, setiap masa yg kami luangkan bersama sangat bermakna dan penuh dengan keceriaan. Dengan adanya ketua kami yg periang, happening dan 'handsome', juga penolongnya yg selamba dan 'sempoi', ditambah lagi dgn budak2nya yg 'serius', 'cute', 'charming', 'sporting', 'smart', 'pendiam', 'penyayang', 'ceria', 'kepoh', 'lawak' dan macam2 gelagat lagi. Bagaikan kelas kami ni lengkap, semuanya ada, cukup untuk menjadikan kelas kami sempurna. Rasa sangat seronok bersama2 mereka. "Dulu kelas kitorg tak mcm ni tau, senyap je. Lepas korg masuk je, baru kelas ni hidup, jadi mcm sekarang ni la," kata salah seorang kawan tutor aku. Nampaknya, kami, ex-TTS 10, berjaya membawa suasana ceria dalam TTS 9 ini seperti mana cerianya kami dalam TTS 10 sem 1 yg lepas. Dengan kata lain, kami berjaya menghidupkan kelas ini... hehe.. Dan sehinggakan nama2 mereka alhamdulillah lengkap kuhafal, walaupun aku bukan lgi ketua tutor. And I likely want to list all their names except mine as I have done in my story in Part 1 for all members of TTS 10 previously :::->


Ahli2 TTS 9 semester 2 2012/2013 :-
1- Mohamad Hannan Bin Mohamad Noor
2- Mohamad Shakirul Muez bin Ramli
3- Muhammad Rusydi Bin Mohd Yusof
4- Nur Mundzir Bin Mohamad Azalan
5- Muhammad Afiq Bin Mohamad Supi
6- Muhammad Taufik Bin Mohamad Zin
7- Siti Sarah Bt Wan Amil Abas
8- Nurul Shahirah Bt Ab Rashid
9- Natasha Amira Bt Mohd Zaidi
10- Siti Hazirah Bt Abd Rashid
11- Nurul Syifa' Bt Abdul Wahab
12- Nur Hamie Syazwani Bt Hamid
13- Nur Afifah Bt Tajul Ashikin
14- Intan Farhana Bt Dzul Nazri
15- Ain Yuhannis Bt Aidilfitri
16- Nurul Hannan Bt Mohd Safari
17- Siti Nurhanis Bt Abdul Raof
18- Nur Fatin Syafiqah Bt Awang
19- Kauthar Bt Haji Abdul Razak
20- Nur Atiqah Bt Zainal Abidin

*Betul ea nama kowg?? Aku assume betul je la ye, kalau salah, pm aku ea.. haha.. 


~With my fellow friends of TTS 9~

Dalam sem 2 ni jugak, macam2 presentation yg kami perlu selesaikan, dengan Biologinya, dengan Chemistrynya, dengan Fizik & ICT nya, banyak lagi. Ditambah lagi dengan assignment lecturer bagi, kerja 'sekolah', kerja rumah dan banyak lagi. Rasa macam sem 2 ni lagi bertambah bnyk la kejenya, semata2 utk menambah Carry Mark utk Final Semester Exam yg bakal kami hadapi. Oleh yg demikian, kekuatan drpd segi fizikal dan mental mestilah dipersiapkan dan diperkukuh utk membina jati diri yg teguh dan jitu di samping mengasah spiritual dan rohani serta memperkasa Islam di dalam diri agar bisa membawa diri dan dapat melahirkan modal insan dan modal intelek yg bakal menyinari dunia luar dan dunia Islam pada hari2 yg bakal menjelang.

:::....(Bawah ni ada pemanis2 mata yep)....:::



Celebrate befday Topek (15 Mac) & Nurul Hannan (14 Mac),, Sabtu 16/3/2013


Cameraman = Rusydi dgn Tasha punya kamera..



Presentation Arab oleh grup Hamie Syazwani.. cite hantu.. huhu..

English Mini Research Presentation by Shakir & da geng..

at Lab Bio..

Debat Arab..

Presentation arab..

hei hei hei~!

hambar~ kesian xde kwn lngsung (sume duk kat bhgian lgi 1, mcm gmbr atas ni)


Jamuan bersama Madam Afiedah (Khamis, 4/4/2013)


 Peace~!


Jamuan bersama Madam Tipah (Jumaat, 5/4/2013)
#Jamuan ringan lepas habis kels tutor yg last.. Madam share pengalaman blajar madam dan perjalanan hidupnya mcm mana dia blh jdi pensyarah..


*************************************

Pada hari Ahad malam bertarikh 31/3/2013, ahli keluarga SPT telah mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab kami. Dan pada malam itu juga, perjumpaan yg terakhir bagi Sekretariat Pimpinan Tamhidi (SPT). Organisasi SPT ini secara rasminya akan terbubar setelah tamatnya Majlis Anugerah Tamhidi 2012/2013 yg diadakan keesokan harinya, hari Isnin malam 1/4/2013. Kami drpd SPT ingin memohon seribu kemaafan sekiranya segala kerja2, tugas2 dan tanggungjawab yg telah kami jalankan tidak dapat memuaskan hati semua orang, dan minta maaf juga sekiranya kami keterlaluan dalam melaksanakan tanggungjawab kami. Terima kasih atas kerjasama yg telah anda sumbangkan kpd kami, kami amat2 menghargainya.



KFC... alhamdulillah..

Qurratul Akyun..



~SPT~
*************************************

Satu-satu hari masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4. Bahang peperiksaan akhir semester 2 semakin rasa. Masing2 semakin sibukkan diri nak catch up smula mana yg tak habis blajar, nak revise/recap semua yg dah blajar, nak bertanya-tanya mana yg tak faham. Semuanya semangat utk score peperiksaan kali ni. Macam2 presentation yg kami kena buat semuanya hampir selesai. Semakin ramai yg buat study group. Masing2 berdebar2 menunggu tarikh keramat yg bakal menentukan masa depan mereka. Peperiksaan akhir semester 2 yg bakal mendatang pada 15-18 April 2013 (Isnin-Khamis). Semuanya nervous menanti hari tersebut. Study week pon hampir tiba. Maka sebelum tibanya study week ni, kebanyakan antara kami ambil kesempatan utk bergambar bersama2 lecturer, berkumpul bersama2 pada minggu terakhir sebelum study week ni kerana agak susah nk jumpa time study week atas sebab masing2 sibuk utk 'last revision'. Termasuklah kami warga TTS 9.. hehe..


 ~Last day di Makmal Kimia~

 ~Last day di Makmal Fizik (blakang tu kertas presentation grup kitorg)~

 Zamir & his group, tgh presentation Chemistry, bakal2 ahli kimia negara especially Zamir Qashri in sya Allah.. 

 Ha, ni plak Hazim, dgn kertas kimia dia, pelajar cemerlang la katakan.. hehe..

Ni grup Azim Firdaus, presentation kimia gak..

Yang ni pesanan drpd Madam Tipah kpd kami sblm exam Chemistry nnti, lemey tulis..

Bergambar dgn Madam Shikin.. #last lecture fizik


Khamis malam, 4/4/2013, Majlis solat hajat perdana Tamhidi di tingkat 4 Pusat Tamhidi..

Syafiq Pek D & Uwais..

With Miss Ila..*nasib baik smpat amik gmbr skali..

-Formal-

-Candid- ..haha..

~Peace yo~!

~Hai semua~!

~KTS 3~
TIGA!!!!




~TTS 9~

*With Madam Faaizatul*
#tak ajak kitorg yg laki ni skali ea.. huhu..

*With Ustaz Naser*

*With Miss Nani*

*With Madam Shikin*

*With Madam Afiedah*
#baru habis jamuan ngn madam..

*With Madam Latipah*
#last tutorial class with madam.. ada jamuan ringan..

Akhirnya tibalah study week.....
Time ni ada juga lecturer yg buat kelas...

Sempat jumpa jap ngn Miss Nina..

Join kuliah Physics Sir ARHO kat KTS 2,, smpat brgambar ngn dorg jap (cikgu ARHO ajak.. huhu.. kalau x mmg x la)

 Ha, cer teka, ni spe?? time ni nk pi amik slip MUET kat Canselori..

Ketika study week ini juga, kami, pelajar2 Tamhidi dikehendaki untuk mengisi 8 pilihan kos untuk program Ijazah Sarjana Muda akan datang. Agak kompius gak la mcm mana nak buat pilihan yg ke 4 5 6 7 8 tu, 1 2 3 alhamdulillah settle. Akhirnya, lepas beberapa minit, selesai juga.

~Bangunan baru FST USIM~



"Wahai orang2 yg beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
(Surah Ali-Imran, 3 : 200)
**************************************


Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, masa yang paling mendebarkan, 15-18 April 2013, Isnin hingga Khamis, Peperiksaan Akhir Semester 2 Tamhidi sesi 2012/2013. Saat yg menggemparkan bagi semua pelajar Tamhidi. Sepanjang sem kami berhempas-pulas, tibalah masanya untuk kami keluarkan segala ilmu yang telah kami pelajari ke atas kertas2 peperiksaan. Bagi pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi, pada hari Isnin, kami dikehendaki utk mnjawab kertas Biology 2 dan English language 2. Hari Selasa, Physics 2 dan Bahasa Arab 2. Hari Rabu, Mathematics 2 dan ICT Skills. Dan hari terakhir, hari Khamis, Chemistry 2. 


Alhamdulillah, kami berjaya melepasi keempat-empat hari ini. Dan aku, alhamdulillah, juga dapat menjawab semua kertas dgn sempurna, cuma jawapan dia je la xtau betul ke tak. Seusai tamatnya kertas Chemistry 2, aku dapat rasakan segala beban yg selama ini aku pikul, telah terlepas sehabis2nya. Otak aku menjadi ringan dan lapang serta tenang.. Alhamdulillah.. Tapi tak bermaksud aku belajar mmg hanya semata2 kerana exam ea, jgn salah faham pulak.. uhuk uhuk.. :) Selepas semua kertas dikutip,dan diberi arahan utk keluar, aku dapat lihat wajah2 ceria dan bahagia serta gembira telah terpancar pada setiap insan.. huhu..


ni pagi Isnin 15/4/2013 sblm exam start


kpd pemilik asal gmbr ni, saya mohon share ya, maaf..

~Hari terakhir Final Exam~
*Sebelum start exam*

Bergambar jap jom..

semangat betul dorg study..

kimia kimia, baca cepat.. amik gmbr jap ea..



Sep2 akaun.. semangat Tamhidi semuanya..

semangat, semangat~!! *aku sempat amik gambo lgi ek.. huhu.. 
#baca dh xleh masuk kpala, nak amik angin smpai exam start..



 ni plak sep2 peguam syariah.. #khir still dgn trademark dia.. haha..


*Selepas exam*


Hannan(L) smpat lgi amik gmbr ek, mentang2 dh abis peksa.. huhu..
#xleh bwk masuk henset sbnrnya.. hehe..


itu dia, nasrul (kiri) berjalan dgn gaya machonya, bru habis exam..

Lemey & Salman (Medic)..

 Zaim (Dentistry) & Hassang..

Shib + Muaz = pro dota.. hikhik..

Cerianya wajah mereka.. #KTS 3

Hassan (kanan hujung) yg manja..

brgambar jap, jap lgi dh nak balik~ yay~!

Alhamdulillah secara rasminya, tamatlah sesi pembelajaran kami dan title kami sebagai pelajar Tamhidi... dan kami akan bercuti selama 4 bulaaaan!!! lama tuu... sementara menunggu masa utk sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda..


Ramai rakan2 aku pulang terus ke kampung halaman masing2. Ada yang balik esok harinya, Jumaat. Ada juga yg balik hari Sabtu dan Ahad. Nampaknya, kerinduan pasti terbuku di hati dek perpisahan ini yg entah bila kami boleh bertemuu semula..

@Tak lupa juga buat sahabat2 G-2-5, yang sentiasa OSEM sepanjang masa di rumah, menceriakan suasana yg hambar, saling membantu antara satu sama lain ketika masing2 dalam kesusahan. Farid, Hannan, Buk, Shibli, Hanif, Anas, dan Zhafarin. Macam2 gelagat dh aku tgk hampa ni, aku dh kenai hampa semua mcm mana dah. Bila nak makan pun sama2 kumpul kat hall rumah dan makan sama2, main DOTA pon sama2 berjemaah satu rumah.. haha.. mana taknya, lepas sorg, sorg blajo main, dgn ada pro-nya lagi, dah mcm majlis aku tngk.. kadang2 keluar bersama2 pergi ke mana2, makan luar, futsal, badminton, bercuti, dan lain2 lgi, naik kete legend saga hijau WHY 9823 kepunyaan Farid, always legend of all time. Aku akan sentiasa kenangkan hari2 kita bersama. Semoga berjaya dengan cemerlang housemate2 skalian, sentiasa maju ke hadapan menuju masa depan anda di samping tidak mengendahkan suruhan agama. Really miss you guys~ *btw, merujuk kpd keputusan kos Ijazah Sarjana Muda ahli G-2-5, semua kos FST ada, cakap je nak apa, kecuali Electronic Engineering, sbb ada org tu xde rezeki nk dpt engine ni..huhu.. and Hannan ngn Zhafarin mmg dari sekolah rendah mmg sangat susah nak dipisahkan, sampai ke degree mereka kekal bersama, ibarat kacang sayangkan kulit.. haha.. peribahasa baru.. :P Gurau2 manja je ea, Hannan ngn Zhafarin, dah lama dah tak bergurau2 amboi ngn kowg.. In sya Allah, kalau ada rezeki, dapatlah kita bertemu lagi walaupun masing2 dgn hala tuju masing2.. :) 
#ni je la gambar yg sesuai yg aku ada, gambar lain agak huduh sikit.. gambar Shib ngn Zhafarin kat bhgian lain, sowwy mowwy..


Dari kiri : Shakir, Farid, Buk, Anas, Hanif

Hannan & Buk

Hannan & Hanif

 Hanif, Shakir, Hannan & Azry

*******************************************


**My lecturers' name list in semester 2 :-
1- Chemistry 2 = Madam Latipah Bt Mohd Noor
2- Physics 2 = Madam Nur Ashikin Bt Zakaria & Miss Fazilah Bt Syaikh Mohd Noor
3- Biology 2 = Madam Faaizatul Ahya Bt Hj. Abdul Hamid & Miss Rosnani Bt Mohamed
4- Mathematics 2 = Miss Faeza Bt Ab. Talib & Miss Nur Amanina Bt Kamaruddin
5- Arabic Language 2 = Mohd Naser Bin Mohd Sabri
6- English Language 2 = Madam Afiedah Bt Kasmani
7- ICT Skills = Madam Khairunnisa Bt Jamaluddin

#tidak lupa juga kepada Sir Abdul Rahim Haji Omar (Cikgu ARHO), lecturer Physics..

*Terima kasih yg tidak terhingga diucapkan kepada semua lecturer yg sudi mengajar kami, melayan kerenah2 kami yg bermacam ni tanpa rasa jemu, sentiasa curah, curah dan terus curahkan ilmu yg terbuku di dada. Kami minta maaf atas segala slh silap yg prnh kami lakukan. Sesungguhnya, walau di mana2 jua kami belajar, walau apa2 bidang yg kami ambil sekalipun, kami tetap anak2 murid anda yg sentiasa mengenang jasa2 anda.. TERIMA KASIH sekali lagi :)

**************************************


Pada hari Sabtu, 20/4/2013, kami, anak2 TTS 9, telah buat 1 trip. Antara tempat yg kami pergi ialah Paya Indah Wetland, Dengkil, Selangor, lagi, Putrajaya, pi main bowling kat sana, lagi, pi Masjid Besi.. dan malam tu, kami pulang ke KKNC. Macam2 aktiviti yg kami lakukan sepanjang trip kami ni.. Seronok~!! dapat menghabiskan sisa2 masa yg tinggal dgn kawan2 yg akan terpisah dan bakal menjadi mahasiswa USIM menuju haluan hidup masing2.. huhu..




Baru sampai di Paya Indah Wetland..


Kaunter Penerangan..

Kami bertolak pada jam 9.oo pagi setelah semua telah berkumpul. Sebanyak 4 buah kereta (3 wira, 1 waja (hanis punya)) membawa 18 orang. 3 orang drpd kami tak dpt nk turut serta, Hazirah, Hamie Syazwani dan Atiqah, atas sebab2 tertentu. 1st destination, Paya Indah Wetland kat Dengkil. Dah pusing2 bape kali, dah tanya orang yg berdekatan (kat Kem PLKN yg ada dekat2 situ), alhamdulillah barulah jumpa. Masuk, cari parking, bergambar2 sikit, then ke kaunter penerangan (Syewa & Afifah, yg laki ada yg ikut2 gak). Kat situ, kami dapat berbasikal, buat BBQ (since ada tempat rekreasi dia kat situ), dapat round2 keliling, tengok badak air, tengok tasik buaya, tasik badak dan last skali solat Zohor. 

Waktu tengah hari tu, kemudiannya kami bertolak ke Putrajaya. Di sana, kami pergi ke sebuah Shopping Mall utk bermain bowling. Kami dibahagikan kepada beberapa team, 1 team 3 orang. Aku dpt team dgn Afifah dan Fatin Syafiqah. Yang the top bowling ni, sape lagi, Hannan(L) la. Banyak betul dia punya Strike. Last2 dapat resultnya, mmg dia yg no 1. Aku kat tengah2 je, tak reti main sangat, main pun suka2 je. Ok, selepas main bowling, kami terus ke Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin). Sampai lebih kurang jam 5 lebih dah nak pukul 6 ptg gitu. Solat Asar di situ dan proceed kpd event yg seterusnya iaitu majlis tukar2 hadiah. Time ni, nampak la ramai orang bawak hadiah semua besar2. Sedikit ucapan, bacaan doa, dan terus dgn tukar hadiah. Nama dan jenis hadiah apa nak bagi, telah pun dicabut pada sesi jamuan bersama Madam Afiedah sebelum trip ni. Aku telah dapat nama 'Natasha', so, kena bagi pada dia. Dan aku telah dapat hadiah drpd sahabatku yg bernama Mundzir. Terima kasih Mun! then solat maghrib. Lepas je solat, malam tu terus pulang ke KKNC. Dalam lebih krg pukul 9 lebih, alhamdulillah kami selamat sampai ke KKNC.


peace~!



lai3, pilih basikal masing2, amalkan gaya hidup sihat..

My car~ :P *jom spe nak naik?? pi tgk badak air..

Ha, ni la badak airnya..

Rusydi bagi makan kat dia..

Sarapan pagi~

eh, ada merak la kat sini..

erk.. maaf, kami bukan seperti yg anda sangkakan.. hehe..

 Mun & Afiq - BBQ~!!!


 Jemput makan ye~!

ada game sikit.. Hannan sorg je laki yg join, wakil laki, yg lain malu.. :P


Bowling session~!! at Putrajaya..

eh3, nan, jatuh pulak kang..





hehe...

Atas skali Hannan, bawah skali pun Hannan..
Nampaknya kedua-dua Hannan berjaya mendominasi permainan Bowling ni.. hehe..

My bowling team~

pebenda tah dorg buat ni.. *cinta terhalang.. hahaha..

Masjid Putrajaya.. #silau la..



Trademark TTS 9.. ngehngeh..


Ruang solat Masjid Besi..


Taman Mini Masjid Besi..


Sesi tukar2 hadiah..

Begitu seronok skali menghabiskan sisa2 masa bersama mereka. Lepas ni, entah senang entah tidak, nak berkumpul semula, buat reunion TTS 9 ke, lepas masing2 dah pecah ke bidang masing2 degree nanti. Semuanya telah menjadi nostalgia. So, aku harap, ukhuwah antara kita yg terjalin bagaikan adik-beradik ni, dapat dikekalkan ikatannya sampai ke syurga. In sya Allah.. Aku pasti akan merindui kamu semua dan saat2 kita bersama :) 

**************************************
Alhamdulillah, tamatlah sudah perjuanganku sebagai seorang pelajar Tamhidi. Dan akan bercuti selama 4 bulan. Rasanya xde apa sangat nak buat cuti ni. Kerja je la kat mana2.. huhu..



Daripada Sahl bin Saad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:-
"Barangsiapa yang menyegerakan berbuka puasa apabila telah masuk waktunya, maka dia akan mendapat kebaikan yang berterusan."
(H. R. Bukhari & Muslim)


*Alhamdulillah sahabat2 sekalian, kita sekarang sudah hampir berada di penghujung Ramadhan. Kita sudah hampir 'GRADUATE' daripada 'UNIVERSITI TARBIYAH' ini bagi 'SEMESTER' kali ini. Kita bakal melanjutkan pelajaran,,, bukan, memperkasa, memperteguh pelajaran yg kita telah pelajari pada 'SEMESTER' yg akan datang pada tahun hadapan. Kalau boleh, xyah tunggu tahun dpn pun xpe, setiap hari je terus.. hikihik.. In sya Allah (^_^V) Dan kita bakal memakai 'BAJU GRADUASI' yg baru yg boleh didapati di mana2 pasar raya atau melalui tempahan.. hehehe.. Terlalu sekejap masa berlalu. Bulan Ramadhan yg ibarat baru sahaja kita meraikannya, telah pun hampir ke penghujungnya. Fasa yg ke-3 Ramadhan iaitu Fasa Pembebasan daripada Api Neraka bakal berlalu lagi beberapa hari je lagi, sementara 2 beradiknya, Fasa 1 : Fasa Kerahmatan dan Fasa 2 : Fasa pengampunan telah pun berlalu dgn pantas. Sedar tak sedar, celik tak celik, kita telah pun masuk bulan 8 setelah berapa lama kita bercuti semenjak berakhirnya Peperiksaan Akhir Semester 2 Tamhidi sesi 2012/2013. Dan kita bakal bergelar mahasiswa USIM, bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan bakal mendaftar bagi Tahun 1 pada 2/9/2013 hari Isnin.

Jadinya, pertingkatkanlah lagi amal ibadah kita dalam saki baki hari pada 10 malam terakhir Ramadhan yang tinggal ini, terutamanya pada malam2 ganjil, di mana tersoroknya satu malam yang penuh dengan barakah, yang menjadi rahsia Allah bila berlakunya, yang sudah sedia maklum ganjarannya yang berlipat2 kali ganda, untuk kita sama2 memburu sehingga ke pengakhir Ramadhan, iaitu, LAILATULQADAR.. Rugilah kita jika kita melepaskan peluang keemasan yang Allah telah berikan kepada kita, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan ini (lbih krg 83 tahun), untuk kita amati ketenangannya dalam ibadah2 kita. Moga2 Ramadhan kali ini, berjaya mentarbiyahkan kita, menjadi insan yg taat kepada perintah Allah, menjadikan diri kita hamba yg benar2 mengabdikan diri kepadaNya, berjaya mendidik nafsu kita, dalam melakukan setiap perkara.*



"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? (2) Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yg ditakdirkan berlakunya pada tahun yg beikut). (4) Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar! (5)"
(Surah Al-Qadr, 97 : 1-5)

#Akhir kata, saya, Muhammad Irfan Bin Mohd Jaleel, dgn rendah diri dan hatinya, ingin memohon beribu-ribu kemaafan atas segala salah silap saya, keterlanjuran kata2 saya, ketersasulan tutur bicara saya, terlebih gurau senda, sepanjang saya hidup bersama anda semua yg pernah mengenali saya, dan saya juga ingin memohon maaf atas segala kata2 saya dalam post ini, mohon maaf atas segala gurau senda saya sekiranya ada yg x dapat terima, dan saya ingin mohon maaf kepada sesiapa yg namanya dan gambarnya ada dalam post ni, mungkin ada yg berasa malu, tapi saya nak bagitau lagi skali, saya sangat suka kenalkan kawan2 saya kepada orang lain sbb saya rasa sangat bangga dan bersyukur ada sahabat macam anda semua, dan saya sangat2 menghargai anda semua.. Sesiapa yg xde dalam post ni, jgn la berkecil hati ye, minta maaf sngt2.. hehe.. mungkin saya x kenal anda, atau x terlintas di fikiran saya tentang anda walaupun sejenak, atau dah terlintas tapi x berkesempatan atau terlupa nak letak.. huhu.. Terima kasih kerana sudi membaca post yg terlalu panjang lebar dan yg x seberapa ni, mohon maaf atas segala kekurangan dalam blog saya ni, sesungguhnya saya hanya insan yg lemah shja.

TAHNIAH buat semua sahabat x kira kenal atau tidak kerana berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, semoga anda terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing2, dan juga berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Best of luck to all of you~
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI buat semua sahabat. Ingat, Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja utk kita meriah2, tetapi sebagai hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di seantero dunia setelah sebulan berpuasa. Oleh itu, Salam Ukhuwah, Salam Mahabbah, Salam Aidilfitri..#

~~ Jumpa 2/9 nanti ye~!! ^_^ ~~
Best of luck utk degree kpd anda semua!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Wahai sahabat2ku, kemanisan ukhuwah itu bukanlah terletak pada harta kekayaan, bukanlah terletak pada kecerdikan akal fikiran, bukanlah terletak pada lancarnya tutur kata, bukanlah juga terletak pada keserian dan keindahan wajah, tetapi manisnya sebuah ukhuwah itu dapat dirasai dengan lahirnya rasa cinta terhadap sahabat hanya satu2nya niat iaitu kerana ALLAH. Pabila terasanya kemanisan ukhuwah itu, in sya Allah, akan terasalah juga kemanisan iman di dalam diri. Harapnya, moga kita dipertemukan sekali lagi oleh Allah s.w.t. di lain hari, jika tidak di dunia ini buat selama2nya, maka, destinasi terakhir bagi pertemuan kita adalah tidak lain tidak bukan, di SYURGA ALLAH. In sya Allah :') Ukhuwah Fillah.."
(~syababcoolz94~)



~6 Pesanan Imam Ghazali~


~Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah~

<<<--Wallahu'alam-->>>

8 comments:

Giving Hope.. ^^ said...

padanlah minta nama Ed . . haha . . weh, pasal aq pun ada . . segan2 . .

Irfan Jaleel said...

haha..nama daddy dia je...kau mestila ada punya,,sje..post aku ni terlalu pnjg kan??huhu..

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

yaAllah saja google nama sendiri tgk ada link blog ni... waaaaaaaa panjaaaaaaang haybat3.. thanks btw post ni bakal memberi memori2 pd tahun2 akan dtg. teruskan menulis!

p/s thanks nama betul ejaan dan full! huah

Irfan Jaleel said...

hehe...pnjg kan,,,terlalu pnjg..huhu... in sya Allah. thanks juga krna sudi mlawat blog ni walaupon x sengaja.. :)

p/s: ur wlcome.. hehe.. actually ana agak minat jugak la nak ingat nama full org ni.. :D

Nur Cahaya said...

ni blog irfan jalil ke ?

Irfan Jaleel said...

Yup, ya saya..

syewa nur said...

wei kembali memori sgt ni..plis jgn padam blog ni..seronok baca

Irfan Jaleel said...

Hahaha.. Jangan risau syewa, tersemat dalam ni selamanya gittew..haha